bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Monday, July 18, 2011

RAINBOW "Sekali Henjut"

                     Secara peribadi aku nyatakan bahawa pandangan aku mengenai guitarist lagenda Ritchie Blackmoore adalah kehebatan dia menjana music bersama DEEP PURPE..dan aku anggap bahawa DEEP PURPLE itu adalah jiwa sebenar Blackmoore bukan bersama band folk "Blackmoore Night" yang ditubuhkan bersama isteri muda nya.Tapi ini cuma pandangan aku yang jahil dalam soal music,tapi walau macamana sekalipun tiada siapa pun dapat menyangkal akan kehebatan satu lagi kapal yang pernah dinakhodakan oleh Blackmoore iaitu RAINBOW.
                       Berbanding DEEP PURPLE,aku memang kurang mengikuti akan pergerakan RAINBOW ni sebenarnya,walaupun pernah meminjam beberapa siri album dari rakan.Namun ada beberapa lagu dalam RAINBOW ni yang cukup KUAT kesan nya dan Blackmoore memang tidak akan dapat mencapai nya jika lagu itu dibawa bersama line up DEEP PURPLE.Lagi pun bila aku buat sedikit Homework mengenai RAINBOW ni,aku yakin ia bukan lah seperti sebuah band yang hanya ditubuh untuk melawan band yang lain (merujuk pada pertelingkahan Blackmoore bersama Deep Purple) namun ia lebih kepada  EGO Blackmoore untuk memberitahu dunia yang dia sememang nya adalah seorang yang mampu berdiri walaupun tiada barisan Rockstar (Deep Purple) di sisi......ok cukup lah kot introduksi ni..aku story pasal dua album RAINBOW yang aku ada pulak!!


             
                     Gambar dekat atas ni adalah kompilasi RAINBOW yang diberi tajuk "Pot Of Gold".Setelah hampir setahun lebih tak membeli album kerana menganggur,jadi bila dah kerja dan keluar nya gaji yang pertama CD ni aku terus rembat...hahaha..banyak juga lagu2 yang menarik...dan yang lebih menarik ialah album ni adalah pembelian dari gaji pertama aku...hahahaha...
                      Inlay dia memang macam celaka lah,cuma ada dua muka surat,dan tiada lirik..tapi tawkey tu cakap dengan aku ni CD import..takpelah aku malas nak memekak pasal benda yang remeh macam ni,lagi pun aku ni bukan Big Fan RAINBOW yang nak buat collection item,aku beli pun sekadar nak layan lagu2 dia yang mungkin aku dah terlepas pandang itu je..  


                     Yang ni pulak RAINBOW "The Very Best Of"...album ni aku beli tatkala hidup dah ada sedikit selesa hahaha..dua album dalam dua situasi berbeza..menarik bukan?? album ni cetakan Malaysia dan Inlay cover sama juga macam "Pot Of Gold" tadi.Sebenarnya dulu aku pernah ada versi kaset album "The Best Of" ni,dan seingat aku dalam kaset terbabit disiapkan sekali sebuah HIRARKI sejarah personal2 yang pernah berkhidmat bersama RAINBOW dari awal penubuhan sehingga kompilasi ini keluar,dan aku menjangka kan HIRARKI tu turut disertakan juga lah dalam CD ni namun ternyata kalau cetakan Malaysia tu ia tetap juga cetakan Malaysia....

track dalam RAINBOW "Pot Of Gold"

  1. Still I'm Sad 
  2. Stargazer
  3. Kill The King
  4. L.A Connection
  5. Rainbow Eyes
  6. Since You Been Gone
  7. Makin' Love
  8. Danger Zone
  9. Vielleitcht Das Nachste Mal (Maybe Next Time) 
  10. Eyes Of Fire
  11. Stone Cold
  12. Fire Dance
  13. Fool For The Night 
track dalam RAINBOW "The Very Best Of"

  1. Man On The Silver Mountain
  2. Catch The Rainbow
  3. Starstruck 
  4. Stargazer
  5. Kill The King
  6. Long Live Rock And Roll
  7. Gates Of Babylon
  8. Since You Been Gone 
  9. All Night Long
  10. I Surrender
  11. Can't Happen Here
  12. Jealous Lover
  13. Stone Cold 
  14. Power
  15. Can't Let You Go 
  16. Street Of Dream 
NOTA : Walaupun kedua2 album ni adalah kompilasi,namun kedua2 nya mempunyai persamaan iaitu tiada lagu Anthem bagi RAINBOW iaitu "Temple Of The King"...

4 comments:

  1. Rainbow paling best masa DIO ada la... lepas tu kureng..

    ReplyDelete
  2. cd malaysia edition memang hampeh...bagus lagi asialink...

    setuju ngan Dr Ben...Rainbow lepas Dio lebih pada pop...

    ReplyDelete
  3. Dr Ben > RAINBOW yg selepas era DIO adalah RAINBOW yg paling sukses dalam pasaran komersial...walaupun sejarah bsama DIO adalah yg plg kita ingt tapi dari segi peningkatan SALE adalah selepas dari itu...

    Berteromber > Asialink mmg jauh lg pro dari Msia edition ni..harga pn murah asia link tu..

    RAINBOW era pop adalah RAINBOW yg sell out!!!!

    ReplyDelete
  4. Rainbow lagi hebat dari deep purple dari komposisi voc....u know what I mean bro..hahahaaaaa.....I'm man on the silver mounten

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...