Album yang bertajuk "Plague Angel" ni pada pengamatan aku ia bukan lah sebuah sekuel kepada album2 klasik MARDUK yang banyak menginspirasikan kepada jutaan band di dunia untuk bermain permainan metal yang maha laju,namun ia diibarat kan sebuah hasil seni yang telah menampak kan bahawa MARDUK cuba memberi bayangan awal yang mereka mungkin DAH PENAT dengan permainan yang bercorak Fast & Speed.Kita tahu pada satu peringkat di abad ke 21 ni boleh dikatakan semua band2 Black Metal (yang status legend) telah menampak kan kesan HILANG PUNCA.
Tapi ia bukan lah bermakna album ni adalah sebuah album TANGKAP MUAT.Ianya ada beberapa aspek profesional yang harus diberi perhatian.Aku ada sedikit pengalaman dengan MARDUK melalui beberapa album mereka yang aku miliki,antaranya adalah album "Panzer Division" dan juga "World Funeral" yang sememang nya layak diangkat sebagai album yang berstatus KLASIK dan TERBAIK.
Namun aku dikejut kan dengan album ini dimana tempo kelajuan yang biasa nya dijana 100% oleh mereka (Standart bagi War Metal lah) telah diperlahan kan kepada 50% sahaja.Ianya tidak dapat dirasai ketika pertama kali mendengarnya apatah lagi dua dari track awal masih menampak kan taring mereka menghembur peluru2 tajam dalam melodi extreme,namun setelah satu persatu didengar terdapat (hampir semua) lagu tidak seperti MARDUK yang dilabelkan sebelum ini.
Antara sedar atau tidak ada beberapa lagu dapat dikesan akan pengaruh2 yang diceduk dari SARCOFAGO (Death/Thrash) selain beberapa lagu yang secara tidak sedar telah jatuh kearah Doom buatan dari lagenda Candlemass.Apakah ianya disengajakan??pada aku mungkin ia berbentuk percubaan bagi MARDUK mencabar diri mereka untuk bermain METAL pada skala perlahan setelah berpuluh album dizahirkan dalam bentuk yang laju dan buas.
Secara tak langsung album ni dapat menepis tanggapan peminat2 muzik Extreme yang bahawa generasi ketiga Black Metal rata2 nya adalah pemuzik yang RENDAH kreativitinya.Dan MARDUK cuba (mungkin) buktikan bahawasanya mereka bukan tergolong dalam barisan2 Black Metal yang RETRO dan rendah KREATIVITI sepertimana kumpulan2 sampah seperti Watain,Gehennah,Gorgoroth mahupun dua nama penderhaka besar irama Black Metal iaitu Cradle Of Filth dan juga Dimmu Borgir.
Track Of Nuclear :
- The Hangmen Of Dragur
- Throne Of Rat
- Seven Angel,Seven Trumpet
- Life's Emblem
- Steel Infemo
- Perish In Flamrs
- Holy Blood Holy Grail
- Marschau
- Dcathmarch
- Everything Bleeds
- Blutrache


laju bebenor Marduk ni... tak leh nak telan.
ReplyDeletep/s:Word verification tu bagi off... leceh orang nak komen.
lagu2 yg mcm ni sekali sekala boleh lah layan.. kalau hari2 dok dengar mau muntah hijau..
ReplyDeletemekasih atas teguran..saya masih baru dan bnyk nk kna blajar..Insyaallah saya perbaiki dari masa ke semasa..mekasih skali lagi