Album ni aku beli masa nak pergi tengok DOUBLE TROUBLE tahun lepas.Sebelum show tu start aku sempat lah pusing2 Sunway Piramid dan masuk ke dalam kedai SPEEDY kat situ.Tengah syok belek2 cd yg ada kat SPEEDY tu kawan aku tunjuk cd ni kat aku,so kami pun ingat nak ambik 2 keping lah yang mana untuk aku satu dan dia satu,tapi memandang kan tinggal hanya satu copy ni je maka terpaksa lah aku rebut cd ni kat tangan dia dan terus pergi bayar...hahahaha..sampai hari ni dia tak boleh terima perbuatan aku tu..
Jujur aku nyatakan bahawa aku memang tidak pernah memiliki apa juga bentuk rilis dari LED ZEPPELIN ni,dan jika nak dibanding kan dengan band2 era mereka seperti DEEP PURPLE mahupun BLACK SABBATH rasanya LED ZEPPELIN ni memang aku kurang pendedahan,yang aku tahu pun mungkin sekadar 2-4 lagu dorang yang famous jelah.Jadi nya bila ada SALE untuk album ni (RM25 untuk dua disc) aku memang ambil peluang untuk memiliki album kompilasi dari SUPER GROUP yang telah merevolusikan Rock N Roll dunia.
Inlay setebal 14 mukasurat..bukan 2 keping
Selain didatang kan khas dengan Special Case,album ni juga disertakan dengan inlay yang setebal 14 mukasurat yang disertakan tentang jatuh bangun sebuah band yang bernama LED ZEPPELIN ni sebelum mereka berada di puncak kemasyuran.
Sepertimana BLACK SABBATH yang mengeluarkan kompilasi yang bertajuk BLACK SABBATH THE DIO YEARS bagi meraikan reunion mereka bersama DIO 4 tahun lepas,jadi album kompilasi MOTHERSHIP ni pun dikeluarkan bagi meraikan ONE NIGHT SHOW yang dijayakan oleh LED ZEPPELIN di kota LONDON pada 2 tahun sudah.Bezanya kompilasi ni dari yang lain adalah kerana ianya seleksi yang dipilih sendiri oleh Jimmy Page dan juga Robert Plant.
Walaupun album ni bukan lah menjadi setlist harian aku sejak dibeli tahun lepas,namun ia adalah satu album yang cukup menarik tatkala aku dah mula bosan melayan lagu yang "pumpang pumpang".So bila pasang je CD ni dia ada sikit feel yang cool sebab nya??sebab kita umum nya pasti tahu yang LEDD ZEPP ni adalah band yang masih kuat bau Fusion mahupun Blues dalam karya mereka..so kepada brother2 yang diluar sana yang rindukan jeritan Robert Plant mahupun petikan unik dari Guitar hero double neck Jimmy Page dapat kan segera album ni...harga aku tak pasti,sebab nya pada mula album ni dikeluar kan harga nya mencecah lebih dari RM50..tapi aku dapat kan nya dengan harga RM25 sebab SPEEDY ada sale waktu tu..
Disc 1 :
- Good times Bad Times
- Communication Breakdown
- Dazed And Confused
- Babe,I'm Gonna Leave You
- Whole Lotta Love
- Ramble On
- Heartbreaker
- Immigrant Song
- Since I've Been Loving You
- Rock N Roll
- Black Dog
- When The Levee Breaks
- Stairway To Heaven
- The Song Remain The Same
- Over The Hill And Far Away
- D'yer Maker
- No Quarter
- Trampled Under Foot
- Houses Of The Holy
- Kashmir
- Nobody's Fault But Mine
- Achilles Last Stand
- In The Evening
- All My Love
NOTA : Kesempatan ni aku nak mengucapkan selamat menyambut bulan RAMADHAN buat rakan2 blogger..moga amalan kita sentiasa dikelilingi kerahmatan daripada Allah sepertimana kerahmatan bulan itu sendiri Insyaallah!!!





ada versi 2cd+1dvd gak.. kalu minat rock mesti dgr led zepp gak..salam ziarah bro
ReplyDeleteorait bro..tngh pelan2 nak hadam music dorg..tq for your comment n visit..
ReplyDeletekalau tak larat nak layan semua album dorang...atau baru nak try led zep...dengar kompilasi ni pun dah cukup bagus dah...semua lagu penting ada..
ReplyDeleteSalamz
ReplyDeleteAku pertama kali dengar Led Zep bila meminjam 'Remasters' dari sepupu pada pada circa 90an..
"Houses of the Holy" adalah pilihan aku.. :p
Menjadi sesuatu yang pelik, bila menonton Lords Of the Ring dipawagam buat pertama kainya,aku terperasan connection dengan beberapa lagu led zep dengan siri epik berkenaan..
berteromber > pelan2 saya tengah cuba asah utk mendengar..tq bro..
ReplyDeleteIn Transit >Salam bro...kira lu ni cukup PEKA lah kan dgn bunyi2an stoner led zepp sampai perasan Lord Of The Ring ada taken sound dari dorg
btw tq for your good comment and visit..salam ramadhan
aku ada cd ni, seleksi lagu mmg terbaik. historic!
ReplyDeletesalam kenal..