bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Tuesday, July 26, 2011

Akhirnya LOUDNESS di Malaysia

                     Macam2 rasa ada,teringat hari pertama diperkenal kan oleh rakan sekolah,kemudian pasang kaset mereka sambil ramai2 layan kat bilik mesyuarat murid.Semua itu tergambar semula tatkala melihat empat susuk tubuh raja Heavy Metal Asia ni beraksi.Kalau ditanya aku 5-6 tahun lepas samada percaya atau tidak LOUDNESS akan mendarat kesini??pastinya aku menyatakan TIDAK..mana mungkin mereka akan kemari,kalau pun mereka ke sini mungkin aku harus ke Singapore untuk melihat mereka.Namun ini yang dipanggil rezeki barangkali dan mereka telah menjejak kan kaki mereka kesini walaupun umur mereka telah dipanjat usia.

                                 Minoru Nihara!! 


                Ungkapan pertama yang diucapkan oleh Nihara tatkala keluar ke stage adalah mereka memohon maaf kepada rakyat Malaysia yang telah berkorban segalanya dan telah menanti mereka terlalu lama,dan beliau sendiri tidak menjangka kan bahawa disini (Malaysia) punyai ramai pengikut tegar LOUDNESS...baru nak tahu ke cik abang ooii??takpelah,dosa LOUDNESS tu kami sebagai peminat dah ampunkan,dan yang kami mahukan pada malam ini adalah energy kamu seperti yang telah kamu persembahkan di konsert2 hebat di negara lain.

                                 Minoru Nihara & Akira Takasaki 


              Tanpa berlengah satu persatu lagu klasik mereka dihemburkan buat peminat yang sememang nya sudah lama menanti mereka,lagu2 seperti Crazy Night dan Heavy Chain diselesaikan dengan cukup baik dan sempurna tanpa ada sebarang pengubahan pada lagu tersebut.Suasana yang dah hiruk pikuk pada malam tersebut diredakan sedikit keadaannya apabila So Lonely pula dihadiah kan buat peminat mereka disini.Pada waktu lagu ni disampaikan,suara aku dah hilang sebab terjerit2 menyanyi lagu yang sebelumnya,namun walaupun tekak dah mula kering tetap juga sing along lagu ni,bukan senang beb,seumur hidup sekali je...hahaha

                                 Amy Search & Akira Takasaki 


              Setelah selesainya lagu So Lonely itu tadi,stage digelap kan beberapa minit,kemudian setelah stage dihidupkan semula,Minoru Nihara mengumumkan bahawa LOUDNESS menjemput Amy (SEARCH) naik ke pentas.Ini barangkali adalah satu penghormatan buat Amy mahupun SEARCH yang menjadi wakil pejuang music Rock di Malaysia.Amy naik kepentas dan sekaligus bergandingan dengan Nihara bagi menyempurnakan lagu Shadow Of War.Walaupun energetic nya Amy pada malam itu,namun pendapat aku malam tu aura Amy tidak kelihatan,bukan kerana beliau tidak hebat,namun kerana aura LOUDNESS itu yang menenggelam kan kehebatan beliau.



                 Rasanya tidak akan lengkap sesebuah persembahan LOUDNESS andaikata tiada slot Guitar Solo dari AKIRA bukan???jadi lebih kurang 20 minit kami dihiburkan dengan sesi solo Akira.Dari reaksi yang aku lihat dari sekeliling macam2 rupa ada,ada yang menghangguk kan kepala,ada yang terpaku dan ada juga yang terlopong dengan alunan solo guitar beliau.Manakan tidak,selalu kita tengok kehebatan jari jemari beliau hanya melalui video je tapi sekarang sudah pun di depan mata.


               Sesi kedua menyaksikan mereka membawa lagu2 dari seleksi album pasca milenium  meraka.Masa ni rasanya segelintir jelah yang layan kot,almaklum lah aku berani jamin 90% penonton yang hadir mana ambil tahu sangat dengan album2 baru dorang sebab sejak dari kecil ataupun dari muda telinga kita dah diasah dengan LOUDNESS yang berambut gerbang kan..bukan berambut Dread Lock hahaha.Selesai sahaja persembahan itu makanya LOUDNESS mengumumkan bahawa mereka telah selesaikan tugas mereka.Aku sejak dari awal lagi dah tahu yang ni semua gimik..jadi aku takdelah ikut penonton2 yang lain menjerit2 meminta LOUDNESS kembali ke pentas,sebab aku tahu memang dorang akan naik semula.
              Selang beberapa minit kemudia LOUDNESS naik semula ke stage bersama Amy bagi menyempurnakan 2 buah lagu lagi iaitu Let It Go dan diikuti dengan lagu Like Hell.Keadaan dah tidak terkawal,gelombang manusia yang berpusu2 pada malam itu menyebabkan aku yang bersaiz kecil ni dah jadi macam ketupat.Mereka semua seakan akan dirasuk walaupun aku faham yang mereka semua cuba untuk mengabadikan detik2 akhir persembahan band pujaan mereka..selesai sahaja 2 lagu berkenaan LOUDNESS pun mengakhiri persembahan mereka disini..............namun???


                Walaupun krew2 mereka telah naik ke stage untuk mengemaskan segala peralatan,namun bukan semudah itu rakyat Malaysia mahu melepaskan mereka balik.Kami menanti puluhan tahun lamanya baru dapat melihat mereka beraksi makanya mahu atau tidak LOUDNESS harus tunduk pada tuntutan kami.Dan kerana itu lah sekali lagi LOUDNESS terpaksa naik semula ke pentas buat kali kedua nya.Mereka mnyelesaikan tugas mereka pada malam itu dengan lagu klasik S.D.I dan sesudah itu maka nya berakhirlah persembahan mereka.Sebaik sahaja mereka keluar stage,pihak venue dengan segera memutarkan lagu Jazz menandakan yang konsert berkenaan sememangnya telah berakhir..hahaha..kalau dorang tak pasang lah lagu Jazz tu aku berani jamin yang peminat akan menjerit dengan harapan LOUDNESS akan membuat Encore kali ketiga..
              Ini adalah konsert paling menarik sekali yang pernah aku hadiri.Ia membuat kan aku merasa seperti di zaman persekolahan semula.Dari segi sound juga ianya cukup hebat dan berbaloi lah dengan pelaburan harga tiket yang hampir mencecah seratus ringgit.Memandangkan konsert ini berlangsung pada hujung bulan,tak dapat lah aku membeli banyak sangat cenderahati untuk dibuat kenang2an.Aku hanya membeli sehelai Official Tshirt dan sebuah majalah yang LOUDNESS menjadi cover kulit hadapan sebagai bukti yang aku dah pun menyaksikan mereka disini........tq LOUDNESS..tq for everything!!

4 comments:

  1. tengok dia punya setlist lagu...rasa macam nak menangis la tak dapat pergi...heheheh...

    thanks for review bro..

    ReplyDelete
  2. hahaha..xpelah bro WHITESNAKE nanti turun lah

    ReplyDelete
  3. meremang baca... apa nak buat, jauh tak boleh join.

    ReplyDelete
  4. Dr Ben > rasanya Dr lagi banyak pengalaman menarik melihat persembahan band2 hebat jika dibanding saya ni..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...