Rasanya perkenalan aku dengan band ni sekitar tahun 1997-98 lah kot..masa tu masih sekolah rendah.Yang mana waktu tu abang aku yang belajar di sebuah IPT ada membeli kaset dari kumpulan Thrash ni,jadi dia selalu lah juga pasang kan tape band ni masa dia tengah study atau pun masa nak tido..hahaha.Kalau diimbas balik waktu tu,rasanya music sebegini memang cukup ganjil lah buat aku,mana tak nya kalau time tu pada aku XPDC tu dah habis heavy bila masuk pulak CROMOK memang tak terbawak lah dek usia.
Aku bukan lah fan CROMOK sebabnya bila dibangku sekolah menengah pula halwa telinga lebih tertarik pada bentuk2 music buatan dari band seperti SIL KHANNAZ,RIUSGNAL (LANGSUYR),dan dah sikit2 terjebak pada DARK THRONE mahupun BURZUM.Tapi dalam masa yang sama aku masih ada jugak follow dengan perkembangan CROMOK yang pada waktu itu Karl dah pun blah dari band ni dan diganti dengan Hillary Ang.Jadi adalah sikit2 bahan bacaan yang aku simpan tentang perihal band yang bernama CROMOK ni.
Ok,majalah ni adalah majalah dari ROTTW pada tahun 2000.Masa ni CROMOK ada buat press conference berkenaan dengan pengunduran Karl dan sekaligus mengumum kan guitarist terbaru mereka (waktu itu) iaitu Hillary Ang dan merasmikan terus album terbaru mereka iaitu 'What Left'...Logo CROMOK tu aku dah gunting untuk tampal kat buku teks...begitulah kemaruk nya nak jadi Mat Metal,kecik2 lagi dah menggila...
Yang ni pulak masa interview berkenaan album mereka yang kedua bersama Hillary iaitu album 'Deafening Silence'.Melalui temuramah yang terkandung dalam majalah ni dia ada sebut yang Hillary ada membawa sedikit perubahan buat CROMOK,jadi oleh sebab itu jugak lah aku terus pergi beli kaset untuk album ni.Insyaallah kalau ada masa nanti aku review.
Pada sesiapa yang memang ikuti perkembangan band ni mesti korang ingat pada satu tahap selepas album 'Deafening Silence' CROMOK tiba2 hilang tanpa berita,tiada sebarang perkembangan bahkan ada yang menjangkakan yang CROMOK dah pun berkubur.Tahu2 dalam pada senyap tu tiba2 kita digemparkan dengan berita CROMOK dah merilis sebuah album baru.Memang ramai lah yang terperanjat (Termasuk aku ni yang tak bape minat) kalau dibaca dalam setiap interview dalam majalah waktu tu semua nya bertanya tentang bila CROMOK merakam album dan sebagai nya.
Album mereka yang kali ni bertajuk 'Untitled'.Aku ada pinjam album ni dari kawan aku,pada aku album ni ada sikit kurang dan telah melarikan bau CROMOK itu sendiri.Kalau tak silap dalam album nilah rasanya ada satu lagu yang bunyi riff dia macam bunyi video game,ni semua kerja Hillary Ang lah kot.Dan sekembalinya CROMOK kali ni bukan nya kosong,kali ni mereka tampil lebih garang dimana mereka telah kembali berkonsert antara nya mengisi slot show di Hard Rock Cafe dan yang lebih memory adalah mereka menjadi Headliner dalam konsert Rock The World yang kalau kita lihat dalam video ribuan penonton hadir hanya untuk menyaksikan lagenda yang pernah menggoncang kan industry music berat Australia ini beraksi di pentas yang besar seperti Rock the World.
Yang ni pulak adalah special isu mengenai pahit manis CROMOK bergelar pemuzik.Segala suka duka pahit maung semua nya diceritakan satu persatu.Dan tak salah rasanya kalau aku cakap yang review pada keluaran kali ini adalah review paling lengkap perihal CROMOK yang pernah aku baca.
NOTA ; Kemajuan sesebuah negara bermula dari masyarakat yang membaca!!!hehehehe




lama tak ikut perkembangan band ini, memang syok layan ...
ReplyDeleteturun tak Konsert dorang nanti bulan depan?
ReplyDelete