bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Tuesday, February 1, 2011

TOLONG!!!!

                                 Salam...boring2 takde ape nak buat,so terus buka pc hari ni..nak ulas album rasanya malam2 skit baru idea sampai.Jadi tengah hari ni aku nak tulis2 je benda ngarut2 untuk isi kebosanan.Posting aku kali ni nak cerita tentang majalah muzik (dari M'sia) yang aku baca pagi tadi.Kebelakangan ni aku memang rajin nak membaca majalah muzik lokal.Sebabnya aku sekarang lebih interesting nak tau pasal band2 tempatan, kalau dulu jangan harap lah manjang METAL HAMMER je..hahaha..tapi sekarang ni nak pakai cogan kata Jepun iaitu'Asia untuk Asia' hahaha...
                                 Apa yang aku nak tegur sikit pada tuan editor pada majalah2 tempatan ni adalah kerana mereka suka membuat ulasan tentang tentang benda yang orang ramai dah tahu sebagai pelengkap pada kolum2 mereka.Misal nya artikel tentang 'SEJARAH ROCK/METAL M'SIA'..hey..apa ni..untuk pengetahuan korang tentang artikel yang macam tu sebenarnya telah diulas RATUSAN kali nya.Boleh dikatakan 90% majalah muzik di Msia (berteras kan Rock/Metal) pernah keluarkan lah.Bukan nak perkecil usaha dorang,aku tahu niat dorang baik dan ikhlas sebab nak educate peminat2 muzik yang baru ni tentang akar umbi rock tempatan.Tapi masalah nye perkara sebegitu rasanya kurang relevan.budak2 ni boleh cari sendiri melalui internet.Dan pada aku sendiri memang dah jemu dan bosan..bukan sikit2 nye bosan.Sebab dari dulu lagi artikel sebegitu memang banyak diulas dalam kolum muzik.


                         Sepatutnya medium yang ada harus diguna bagi untuk bangun kan semula scene metal yang dah punah disebabkan isu2 bongok yang dilemparkan media pada genre metal sebelum ni.Jadi buatlah artikel mengenai bagaimana nak naik kan semula muzik ni.Aku ada beberapa pandangan mengenai tentang apa yang patut di review untuk majalah untuk dijadikan plot2 yang punya point yang cukup kuat bagi menjadikan majalah mereka benar2 majalah muzik..antaranya
  1. Berikan pandangan bernas mengenai muzik,misal nya ulas tentang bagaimana caranya band2 tempatan jika mahu go International.Kalau negara sekecil S'pore boleh menghantar wakil mereka kenapa kita tak boleh..sedangkan dulu M'sia adalah kuasa besar Death Metal asia.Pasti ada yang silap..maka editor ni perlu sedarkan apa yang silap tu.. 
  2. Betul kan semula pandangan masyarakat umum mengenai genre ni.Terangkan dengan hujah2 yang bagus biar sesiapa yang membaca (walaupun bukan mat rock) tahu yang muzik sebenarnya punya definisi luas.Bukan sekadar menjerit dan terlompat2. 
  3. Panggil dan temuramah band2 asia yang telah berjaya untuk dikongsi pengalaman mereka.Bagaimana mereka menjual nama mereka misalnya (marketing),dan yang lebih penting bagaimana cara KERJA dan DISIPLIN mereka dalam mengurus kan band sehingga berjaya. 
  4. Buat ulasan album yang benar2 100% bagus 

                      Aku harap sangat akan ada majalah2 muzik yang akan dapat diketengah kan keperingkat tertinggi media tempatan.Ini penting,kerana diluar negara majalah muzik masih relevan dan mereka berperanan dalam 90% dalam pergerakan muzik negara masing2.Bahkan ada majalah yang punya rancangan TV dan RADIO mereka sendiri.Jadi kalau lah majalah tempatan kita juga sudah punya TV dan RADIO sendiri maka dapat lah membantu band2 tempatan yang berbakat mengetengah kan talent dorang.Nak harap radio mainstream jangan harap lah.Tapi usaha kena lebih lah..benda ni pokok pangkal pada kualiti dan logika pada majalah berkenaan.Kalau isinya bosan sapa yang nak beli.Aku cakap ni kerana banyak editor2 majalah ni adalah orang2 lama dalam muzik rock/Metal itu sendiri. 



- ditulis sambil layan album SLANK 'The Big Hip'

7 comments:

  1. kritik yang bagus. Aku ada menulis untuk Karisma bermula Feb punya isu. Nanti komen la ye.

    ReplyDelete
  2. steadylah....memang berani .....

    ReplyDelete
  3. abg ben> ya2..saya dh baca karisma tbaru..dan ulasan abg utk album2 iron maiden tu mmg saya SALUTE..die hard fan je yg mampu tulis menyeluruh psl satu2 album..thumb up 4 u bro..

    witchunter> bukan lah berani sangat..sekadar beri pendapat..sapa saya nak tegur orang2 yg lebih senior...

    ReplyDelete
  4. Senior tak semestinya betul.. tegur pun kalau berhemah insyallah..

    cuma pasal sejarah tuh, still relevan, walaupun diulang berkali2.. generasi bertukar ganti, tapi generasi pelapis tak semua tau pasal sejarah bnerbanding generasi yg berpengetahuan dan lebih senior.. rasanya elok dikekalkan..

    tiada yg lama tiada yg baru :)

    ReplyDelete
  5. trunasuci> salam bro,bkn mksd saya nk menidak kan kepentingan satu2 sejarah..cuma yg saya maksudkan adalah lebih PENTING jika point2 yg sya tulis diatas dikeluarkan..bkn mudah sekarang ni kita hendak bertapak..apatah lagi suara kita sbgai peminat muzik keras telah DIKUNCI dan DISEKAT..so hanya majalah shj tmpat utk kita bersuara..makanya untuk ruangan2 yg ada manfaat kan dia untuk isu2 yg lbh UTAMA...btw thanks 4 your good comment bro..

    ReplyDelete
  6. darkshahrulez : Terima Kasih diatas Cadangan yg diberikan.. Kami senantiasa menerima cadangan mahupun komen yg bernas utk mempertingkatkan info2 di KARISMA... jika anda atau kepada sesiapa sahaja yg berminat untuk menghantar artikel mengenai isu ini... silalah hantarkannya di karismaproduction@gmail.com atau ke redonekarisma@gmail.com utk sama2 kita berkongsi ilmu mahupun pendapat di MAJALAH KARISMA. Thanks for ur support !!!

    ReplyDelete
  7. Majalah karisma> salam buat semua krew2 karisma, saya hanya bagi pendapat.Andai kata bagus utk dkongsi sesiapa pun boleh FORWARD posting saya ni.Tapi andaikata ianya tak logik dek akal saya mintak maaf sangat2..saya budak mentah yg baru setahun jagung melihat pergerakan muzik Msia..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...