bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Friday, February 4, 2011

cd compilation 'REINKARNASI HITAM'


                    Jika ditanya anutan metal apakah yg cukup dominan dengan negara Indonesia,pastinya ramai yang tahu yang mereka adalah jagoan Death Metal asia buat masa ini.Bukan satu omongan kosong tapi korang boleh adili pada setiap karya2 Death Metal mereka,pastinya menjaminkan 1001 kepuasan bagi pencinta aliran berkenaan.Tapi itu Death Metal,bagaimana pula pada sub genre yang lebih keras seperti Black???..aku secara peribadi memang teringin nak mendengar hasil2 Black Metal (BM) dari sana.Ini kerana aku memang jahil sangat tentang scene BM di Indonesia.Yang aku tahu hanya kumpulan MAKAM sahaja.Ini pun sebab mereka ada buat mini tour di Msia pada tahun 2009.
                    Jadi penantian panjang aku pun dah terbalas tatkala rilisan ini keluar.Album yang berbentuk sebuah kompilasi dari band2 Black/Gothic ni menghimpunkan beberapa buah band yang mendukung aliran berkenaan.Sebanyak 16 band memperlihat hasil mereka melalui muzik yang digalas.Kalau diikutkan hanya 14 band je,lagi 2 adalah band dari negara kita iaitu QHARINTH dan IMMOLATE dari Sarawak.
                    Dari apa yang aku amati (melalui adress setiap band) boleh dikatakan mereka datang dari segenap kawasan yang agak kecil dan tersorok geografinya di Indonesi.Ini diibarat kan setiap daerah akan meghantar wakil band mereka untuk berentap..hahaha..satu benda yang bagus.Mereka tiada pilih bulu.Benda ni patut diikuti dalam setiap kompilasi2 di negara kita.Jangan dok rilis band yang dah famous je.Kenal kan juga band2 under dog yang berbakat.Ini mengingat kan aku pada sistem IKS (industri kecil dan sederhana) yang diketengahkan kerajaan beberapa tahun lepas iaitu satu kawasan satu produk..tapi dorang buat pulak lain iaitu satu kawasan satu band..hahaha..
                  Secara total pelbagai jenis muzik BM yang diketengahkan.Dari DEPRESSIF hinggalah yang ke AGRESSIF..dari FOLK sampai lah ke PAGAN semuanya ada..dan memang aku 666% puas hati dengan setiap seleksi yang dipilih.Ini rupa nya bunyi BM dari Indonesia...manakala yang membawa konsep Gothic pula kebanyakkan di dalam kompilasi ni membawa style 'slow mood gothic'..semuanya lebih kurang sama memain kan lagu2 bervariasi gelap secara akustik..good song totally!!!..  

band/lagu dalam kompilasi ni
  1. DURHAKA-Selamat datang kegelapan 
  2. CHORUSE-Sebelum semua berakhir 
  3. IFRID-Turn Of Change 
  4. CRYSTAL DREAM-Free 
  5. QHARINTH (Msia)-Grieues To The Grave 
  6. KING OF DARKNESS-Kanjeng Blorong 
  7. MORTUARY-Merasuki jiwa 
  8. KANTONG SIMAYIT-Si pahit lidah 
  9. UTUSAN TERAKHIR-Death star 
  10. DEATH STORY-Yaqsirus Saliba
  11. DEAD OCCULTA-Terpuruk dalam penantian 
  12. IMMOLATE (Msia)-Confession of the enchanted 
  13. KROMO LEYO-Kabut kemurkaan 
  14. ALTACIUS-Api singgahsana 
  15. IIKIM OULANEM-Boslugun les Ruhlasi 
  16. CURSE OF SATAN-Dimensi kegelapan..  
                       Album ni kalau mengikut pasaran Indonesia berharga IDR 40000..tapi aku beli disini dengan harga rm25.Aku tak pasti samada kompilasi ni masih ada atau tak disebabkan ianya dibawa masuk pun oleh orang tempatan (metal fan) secara minimum.Andai kata anda peminat metal gelap dan terjumpa album ni,jangan tunggu lama..rembat terus..sebab ianya berbaloi untuk dimiliki....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...