bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Friday, February 11, 2011

Dorang gaduh..biarkan..

                       Serius aku paling malas nak menulis benda2 yang panjang.Kalau lah boleh biar je posting tentang review album.Tapi mahu atau tak aku kena juga tulis benda2 yang sebegini atas dasar nak ingat kan kawan2. Walaupun kadang2 dah naik menyampah dah asyik dok mengingatkan kan je!!Ok benda yang aku nak cerita adalah berkenaan dengan salah guna Social Network (SN).Macam yang kita tahu umum nya SN ni dibuat atas dasar pertama adalah kerana ianya mempermudahkan dagangan bagi yang mahu memajukan perniagaan melalui perhubungan maya.Dan ianya juga secara tak langsung menjadi satu medan untuk kita memupuk PERTALIAN sesama kita.
                       Bayangkan yang kalau sebelum ni kita macam nak mampos bersusah payah untuk berhubung dengan band pujaan tapi sekarang SN dah memudah kan semua itu,segala bentuk info boleh diekses dengan cukup pantas..bayang kan bagaimana sekarang hanya dengan satu TWEET sahaja di TWITTER kita mampu menyapa khabar kepada Dave Mustaine?menarik bukan??itulah yang dipanggil kemajuan.Ia dicerna bagi memudah kan setiap apa juga urusan yang aku sebutkan tadi.Tapi sekarang ni dah lain.Ia boleh melunsur ke arah yang positif mahupun negatif.Apa yang aku nak cerita adalah berkenaan dengan medium SN ni yang telah mengucar kacirkan kepada sesiapa yang salah guna.
                       Mohon ampun siap,aku nak tegur sebilangan pengguna ini (metalhead) yang adakalanya menjadi LALANG dalam setiap krisis.Kita boleh saksikan kebelakangan ini pasti ada sahaja ketidakpuasan dalam sesuatu benda termasuklah dalam scene metal tempatan.Macam2 hal dan macam2 ragam..yang sipolan ni tak puas hati dengan sipolan ni..yang si dia benci akan si dia tu pulak.Hari2 ada je yang tak kena.Memang benda tu normal,tapi kita jangan jadi orang tengah kalau takde sebab.Sebagai contoh hari ni si A menyatakan dalam status yang dia memang tak puas hati dengan si B,so kita jangan lah nak menyemak kan keadaan.Aku pernah lihat beberapa ekor berok yang mana dlam status si A gila2 nye dia bantai si B..dan dalam diam di jugak dah bantai si A dalam status si B..ape ke bangang nye lah korang ni.Nak sokong buat cara nak sokong. Berikan hujah yang tepat kenapa anda menyokong bukan jadi LALANG.
                       Korang kena ingat setiap apa jugak pertempuran pasti akan reda juga..last2 skali si A dan si B mungkin akan berbaik semula tapi kau pulak??silap2 jadi PELARIAN dalam negara sendiri..sebab apa??sebab dah malu dok bantai orang tapi takde point..silap2 hari bulan geng2 si A dan si B dok pelangkung kepala kau.Oleh tu aku ingat kan jangan kita dok menangkuk di air keruh,dan memang tak elok sikap mengampil kesempatan.Dorang nak gaduh lantak dorang,andaikata korang rasa tak puas hati tegur cara orang yang pernah pegi sekolah,jangan dok komen macam hamlau pulak.
                   

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...