bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Friday, February 18, 2011

Ozzy Osbourne & Jake E Lee Live!!!


                     Sedar tak sedar lebih kurang 2 minggu juga tak update.Bukan malas cuma idea dh kering.Syukur petang tadi ilham sampai,makanya ada juga benda yang nak ditulis malam ni.So kali ni nak review pasal sebuah VCD live yang aku beli pada tahun 2002 dulu iaitu Ozzy Osbourne & Jake E Lee Live pada tahun 1984..tu dia!!!berapa punya classic ini nye konsert.Live ini sebenarnya adalah salah satu rangka promosi buat album baru Ozzy (waktu tu!!) iatu album BARK AT THE MOON,dan penampilan nya bersama musician yang pernah berkhidmat bersama DIO iaitu Jake E Lee.
                      Dari segi visual nya boleh lah diberi credit sebanyak 50 markah,apatah lagi sebuah visual yang dah bertahun macam ni.Warna pun tak berapa nak best tapi still boleh layan.Dalam ni kita boleh lihat dekorasi stage Ozzy yang pada aku dah mendahului zaman nya,stage dipenuhi dengan patung2 kelawar dan sedikit sentuhan seperti sebuah rumah banglo yang berhantu.Dan yang lagi menarik setiap kali Ozzy habis menyanyi sebuah lagu pasti akan ada seorang slave yang berpakaian besi seperti askar perang datang membawa dulang minuman untuk Ozzy.Dan Ozzy menggelar slave itu sebagai IRON MAN yang mungkin diambil dari judul lagu band lamnya iaitu BLACK SABBATH.

antara lagu yang terkandung adalah :
  1. I Don't Know 
  2. Mr Crowley  
  3. Rock N Roll Rebel 
  4. Bark At The Moon 
  5. Revelation 
  6. Steal Away 
  7. Suicide Solution 
  8. Centre Of Eternity 
  9. Flying High Again 
  10. Iron Man (Black Sabbath cover) 
  11. Crazy Train 
  12. Paranoid (Black Sabbath cover) 
                              Kalau diperhatikan bukan lah semua lagu2 dalam BARK AT THE MOON pun yang ada,Ozzy still menggunakan kekuatan lagu2 killer dia masa bersama dengan Rhandy Rhoad.Mungkin dia pun tahu yang peminat masih lagi rindu dan terasa akan kehilangan guitar hero tu jadinya dia bawak jugak lah lagu2 di zaman Rhandy dulu.Tak ketinggalan juga 2 lagu yang memang kita tahu adalah anthem kuat bagi Ozzy semasa menjadi King Of Brit Heavy Metal bersama Black Sabbath iaitu 'Iron Man' dan 'Paranoid' juga dibawa bagi memenuhi kekuatan setlist lagu pada show berkenaan walaupun rata2 nya music telah diolah mengikut kretiviti Jake E Lee.  
 





               Dah terlanjur cerita pasal Ozzy ni maka rasanya elok juga promote kan sikit album baru orang tua kutuk ni.Pada hujung tahun lepas Ozzy telah melancarkan album baru dia yang bertajuk SCREAM.Ini adalah album dimana Zakk Wylde bukan lah lagi orang yang bertanggung jawab pada setiap melodi,kerana tempat nya telah diganti oleh seorang Guitarist muda yang bernama Gus G.
              Pada sesiapa yang tak kenal dengan Gus G ni aku nak ceritakan sedikit pasal mamat ni.Dia ni merupakan guitaris pada sebuah kumpulan Power Metal iatu DREAM EVIL,sebelum dia keluar untuk berkhidmat pada band kumpulan dia sendiri yang juga berkonsep kan yang sama iaitu FIREWIND yang dulu penah panas dengan lagu "Breaking The Silence".Dan fakta yang lebih menarik Gus G juga adalah guitarist yang telah menewaskan Murty Friedman melalui sebuah pool undian berkenaan dengan dunia guitar..hahaha memang perit untuk diterima pada sesiapa yang minat dengan Murty Friedman,namun ni lah dia revolusi..jadi pada sesiapa yang belum mendapatkan album ni pegi lah beli...

4 comments:

  1. gua dapat layan album live ozzy-beast in the darkness (1984) dan rock in rio (1985) bersama mr. jack e. lee.

    lu patut layan album FIREWIND yang baru. gus g terbukti hebat!

    ReplyDelete
  2. salam bro..ozzy sdiri pnah ckap yg Jake E Lee adalah org yg plg tepat utk mggantikan mendiang Rhandy Rhoads.Tp sayang Jake E Lee x bertahan lma sngt dgn ozzy..

    ttg Gus G plk dia mmg antara yg punya talent,tp firewind sy x bape msuk..sy lbh interesting POWER METAL bawaan dr jenis seperti RIOT mahupun HAMMERFALLS.

    ReplyDelete
  3. aku memang minat jake e lee...lepas dia kena tendang ngan Ozzy aku masih follow dia terutama masa zaman Badlands...

    ReplyDelete
  4. yes bro...jake e lee mmg best..yg lbih best dia xpnh sesat kan trademark ozzy...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...