bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Wednesday, February 23, 2011

THE BIG 4 LIVE!!! DVD


                         Jika ditanya apakah peristiwa terpenting dalam kalendar METAL dunia,pastinya ada yang menyebut OZZFEST mahupun WACKEN..namun pada tahun lepas satu lagi peristiwa terpenting telah berlaku apabila 4 gergasi Thrash Metal dunia telah berhimpun dalam satu stage yang diberi nama "THE BIG 4".Ini adalah celebration bagi meraikan 30 tahun perjuangan band2 Thrash Metal America ni yang telah menjadi fundemental penting dalam mencorak kan lagi variasi genre METAL selain terus relevan menDOMINASI pasaran METAL sehingga kini..dan mereka adalah LAGENDA.
                         DVD yang dah mula menjadi perebutan buat mereka2 yang menggelar diri mereka itu collector telah pun berada dalam genggaman aku pada ahad lepas.Sebuah live wajib tonton tatkala masa terluang.Dan sebuah DVD wajib simpan bagi mereka yang claimed diri mereka tu MAT METAL!!.DVD ni terbagi kepada dua disc...iaitu disc1 adalah live dari ANTRAX juga MEGADETH manakala disc2 pula live dari SLAYER dan juga..ehem ehem..METALLICA.

            Set pada sebelah petang ini dimulai dengan band ANTRAX sebagai pembuka panggung.Ternyata Antrax masih lagi Antrax yang kita kenal dengan Hyper nya.Mereka membawa 10 lagu pada petang itu bagi santapan crowd.. antaranya
  1. Caught In The Mosh
  2. Got The Time
  3. Madhouse
  4. Be All.End All
  5. Antisocial
  6. Indians 
  7. Heaven And Hell 
  8. Only 
  9. Metal Thrashing Mad
  10. I am The Law
              Setelah selesai tugas ANTRAX makanya satu lagi nama yang wajib disenarai sebagai PELENGKAP Thrash Metal iaitu MEGADETH..


                   MEGADETH yang tatkala itu terpaksa beraksi saat2 hujan lebat mula membasahi persekitaran venue,namun crowd yang masih dahaga kan sentuhan Thrash Cyborg dari mereka tetap setia memberikan sokongan buat MEGADETH..apatah lagi kalau tak silap ini adalah show pertama Dave Eleffson setelah mengundur diri dan sekarang kembali ke posisi Bassist MEGADETH semula.Antara setlist yang dibawa mereka adalah
  1. Holy Wars..The Punishment Due
  2. Hangar 18
  3. Headcrusher 
  4. Skin O' my Teeth 
  5. Hook In The Mouth 
  6. Sweating Bullet 
  7. Symphony Of Destruction
  8. Peace Sells 
                            Malam menjelang tiba..ini bermakna tinggal lagi dua sahaja band yang bakal menutup tirai show ni..ya wira Thrash rakyat  America  SLAYER masuk ke pentas dan giliran mereka pula untuk membuktikan kuasa Thrash Metal yang hebat bukan hanya datang dari German sahaja...hahahaha


                 Masih lagi kekal sebagai KING OF AMERICAN THRASH makanya bukan terlalu sukar untuk mereka mengkucar kacirkan keadaan.Crowd yang dah mula menggila dengan aktiviti MOSHING dan CIRCLE terus dibuai dengan seleksi hitam mereka hari itu.Satu persatu lagu diberi sebagai hadiah buat yang hadir menyokong mereka selama ini antaranya
  1. World Painted Blood 
  2. War Ensemble 
  3. Hate Worldwide 
  4. Dead skin Mask
  5. Angel Of Death 
  6. Mandatory Suicide 
  7. Chemical Warfare 
  8. South Of Heaven 
  9. Reign Blood 
                   Selesai tugasan mereka...andai SLAYER ini bukan nya Head Liner bagi festival ini,bermakna ada lagi kuasa yang lebih BESAR dari SLAYER bakal muncul....METALLICA...arghhhh!!!!tiada siapa pun yang mampu menafikan lagi yang mereka adalah band metal no1 dunia..






                     Apa lagi yang nak diceritakan pasal mereka ni???setiap show pastinya lagu2 yang sama?? tp kita masih lagi nak tengok kan??sebab mereka adalah genius metal band!!!mereka membawa seleksi lagu2 mereka antaranya

  1. Creeping Death 
  2. For Whom The Bell Tolls 
  3. Harvester Of Sorrow
  4. Fade To Black
  5. Cyanide 
  6. One Master Of Puppet
  7. Nothing Else Matters 
  8. Enter Sandman 
encore METALLICA kali ini adalah menampil kan semua band2 yang terlibat naik ke stage semula bersama mereka bagi menjayakan lagu cover dari DIAMOND HEAD iaitu AM I EVIL?...ini adalah nostalgik bkn kerana ANTRAX mahupun SLAYER yang hanya diwakili DAVE LOMBARDO tapi nostalgik nya kerana DAVE MUSTAINE naik semula sepentas berganding dengan JAMES HETFIELD diiringi kekasih lamanya METALLICA..set kali ini memang tertumpu pada mereka



                Gambar yang aku curi ni adalah situasi tatkala MUSTAINE dan METALLICA menjayakan lagu tersebut.Dan selepas dari itu semua mereka berpelukan.Kita yang memang arif mengetahui adalah susah nak kita cerita tentang dorang ni (MUSTAINE&METALLICA)..namun mungkin usia dah meMAAFkan apa yang telah berlaku barangkali.. show kembali kepada METALLICA dimana dua lagi lagu disampaikan iaitu HIT THE LIGHT & SEEK N DESTROY...arghhh sebuah live yang harus anda dapat kan segera sebelum ajal anda menjelang tiba!!!!!
 

3 comments:

  1. sepatutnya the big four on stage ni dah belaku dalam clash of the titans tahun 1990 yang lalu!

    kena tengok ni.

    ReplyDelete
  2. kalau big four ni dibuat time clash of the titan mungkin metallica atau megadeth tak akn joint kot..sbb time tu dorang dok gaduh sakan lg..

    ReplyDelete
  3. sedangkan mustaine sama metallica boleh berpelukan semula..kan?
    Part paling best bila tengok satu set drum 'dirogol' beramai-ramai..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...