bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Sunday, September 19, 2010

RATOR..(POSSESSED)

Aku memilih RATOR sebagai band/kumpulan pertama yg di review kerana di mata aku kumpulan ini mmg layak untuk dberi penghormatan atas jerit perih yg dilakukan smata2 demi music thrash yang dicinta.RATOR adalah band thrash metal yg terawal di Malaysia selain dari PICAGARI mahupun PUNISHER.Mereka juga adalah diantara wajah2 barisan utama dalam gelombang pergerakan Underground di Malaysia pada waktu itu(lewat80an).Pada tahun 1990 maka terlahirlah sebuah demo dari mereka yg diberi title EVIL SYMPONY(ada beberapa rumors yg mengatakan bahawa ini adalah demo pertama underground M'sia dirakam).Jika ada di antara kalian yang pernah bkesempatan mendengar demo tersebut pasti hanya satu sahaja yang terlintas di otak..iaitu..brutal..
                      Walaupun sound yang keluar dari tape itu amatlah menyiksa jiwa raga kita,namun kesan dari demo itulah maka terbuka mata penggemar2 music berat ini bahawa bukan mat salleh je mampu buat music ganjil macam ni..orang melayu pun boleh dan lebih GILA dari hasil music mat salleh..yelah..kalau tak hebat kumpulan RATOR ni masakan kumpulan2 papan atas BLACK METAL seperti BEHERIT,ROTTING CHRIST dll menyenaraikan RATOR sebagai influence besar dorang???kesan dari demo inilah maka masyarakat luar tahu yang Msia juga punya Band2 metal bertaraf bintang.
                       Ok..berbalik pada album POSSESSED ni tadi,album ni dirakamkan sekitar tahun 2005. Perubahan line up menyaksikan paksi music RATOR ada skit berubah..tapi masih lagi menyelerakan..hehe. Jika sebelum ini RATOR diberi kredit sebagai SODOM MALAYA namun di dalam album POSSESSED ini title itu(mungkin)cuba dialih kan.Dimana bunyian SODOM itu diminimum kan dan dicampur dengan sedikit pengaruh SARCOFAGO.Anda boleh bayangkan bagaimana Germany thrash(sodom)+old skool black/death metal(sarcofago)???itulah dinamakan pengalaman.Mereka tahu apa yang mereka buat.
                        Album ini menyaksikan Roslee (line up yang masih kekal) memainkan smua instrument melainkan Bass dimainkan oleh Dead Zull.Package yg mnarik untuk album ini ialah turut memuatkan 4 track lagu dari mini demo mereka(evil sympony) sebagai bonus buat peminat2 baru seperti aku yang tidak bkesempatan merasai VIBE mereka dulu untuk merasa kebuasan tiada batasan dari jenama music RATOR ini.              
                                                  live possessed 2010 kuala lumpur                                            

              Album yang dirilis pada tahun 2008 ini hanya dibuat tindakan susulan promosi pada tahun 2010 di sebuah gig yang diberi nama 'Live Possessed'.Dimaklumkan juga bahawa ini adalah persembahan pertama selepas rehat yang panjang dan juga terakhir buat mereka.Jadi kepada mana2 dikalangan kita yg tidak sempat hadir pada gig berkenaan adalah satu rugi yg teramat sangat.Ini kerana mungkin anda harus menunggu selama 8 tahun lagi untuk lihat mereka beraksi(itupun kalau dorang nak perform lagi lah..hehe)
       


                                 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...