bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Sunday, September 26, 2010

Fenomena 'OPEN HOUSE'....

                             Tatkala menjelang nya bulan Syawal, selain dari sambutan hari raya,perkara yg tak lari dari bulan ini adalah 'open house' yang kini seperti sudah menjadi trend atau erti kata lain dah macam satu benda wajib dibuat tatkala bulan Syawal ini belum menjelang akhir nya.Menarik nya tentang perkara ini untuk aku tulis sebab aku sendiri dah naik pelik dengan budaya 'open house' ini.
                            Secara peribadi aku bukanlah orang yang benci dengan perbuatan @ keramaian yang di panggil 'open house' ni,cuma aku kurang berminat dengan situasi yang sebegitu,dimana terlalu ramai orang yang berkumpul.Almaklumlah bila dah ramai berkumpul pasti nya sapa menyapa dan bersembang tu satu kemestian dan bila kita sebut tentang bersembang aku memang gagal lah dalam bab ni.Nak sembang pasal ape?ekonomi?politik?kerjaya?harta? smua tu aku memang sah2 tak tau dan tak pernah ambik tau.kat situ je aku dah x mampu untuk berkomunikasi dengan mereka2 ini.
                           Berbalik pada 'open house' ni.Jika aku tanya kepada rakan2 terdekat atau sesiapa pun tentang perkara ini,pasti hanya ada satu jawapan..iaitu open house ni penting,bila lagi nak rasa suasana macam ni,inilah peluang untuk kita menjalinkan silaturahim sesama kita...Ya betul,aku memang setuju dengan alasan tu,tapi persoalan nya untuk datang menjenguk atau menziarah ke rumah sahabat handai ni memang kena dibuat setahun sekali je ke?pada waktu2 terluang haram ke bagi kita untuk buat perkara sebegini?lagi satu tentang silaturahim ni memang kena tegakkan pada bulan syawal je ke?jadi bulan lain dalam kalendar kita kena buat macam biasa je tanpa kenal apa itu silaturrahim?bagaimana pula mereka2 yang tidak mampu membuat open house ni?apakah kita tidak akan mengambil mereka sebagai saudara dalam ikatan silaturrahim hanya kerana mereka tidak berkemampuan melakukan open house?  
                         Jawapan sebenarnye mudah,asal kan niat kita tepat dan betul itu sudah cukup,ziarah menziarahi ni adalah satu ibadat,ibadat pula kita harus lakukan tanpa mengenal musim atau perayaan.Tak perlulah kita ni nak tunggu raya baru nak sibuk menjamu orang makan.Hari2 lain pun kalau kita mampu kita boleh jamu makanan pada rakan taulan atas nama silaturrahim,janganlah nk tunggu raya baru pintu rumah nak buka.Dan pada aku sememang nye open house ni bukan satu kewajipan buat diri aku,alasan pun aku dah bagi tadi.Pada aku perkara2 sebegini tak perlulah dijadikan sebagai doctrin yang mewajibkan sesuatu benda tu menjadi harus.  

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...