Album live ini sebelumnya dikeluarkan dalam bentuk pirinh hitam(vinyl)..dimana terdapat 2 versi recording live yang dirakam dan dinamakan 'tormentor of tijuana' manakala yang lagi satu adalah album yang ini 'tormentors of nagoya'..kedua2 album ini dirakam semasa tour mereka di Japan pada tahun 2009.Dimaklumkan bahawa rilisan yang dikeluar kan amatlah terhad maka sebuah label dari Thailand (Incoffin prod) telah mengampil peluang untuk meriliskan 'tormentors of nagoya' ini semula dalam bentuk tape/kaset untuk merialisasikan kehendak peminat2 Impiety yang tidak berpeluang memiliki vinyl berkenaan.
Sedikit tentang IMPIETY, secara peribadi saya bukanlah peminat setia Impiety namun bukan juga tidak mengamil tahu langsung tentang band ini.Ini kerana concept 'war metal' yg dibawa mereka tidak satu pun yg lekat kat kepala. Saya masih mengimpikan agar mereka kembali kepada album 'kaos kommand 696' mahupun 'paramount evil' dimana kedua2 album ini masih lagi mampu menjana sound2 yang benar2 terkesan dalam hati pendengar.Selain mengutarakan riff yang unik,bunyian RAW itu masih ada dan cukup senang dihadam oleh mereka yang mendengar(walaupun bukan dari kelompok black metal).Jika dilihat IMPIETY kini lebih banyak mengeluarkan album2 yang bersandarkan pada kelajuan semata mata.Tidak seperti dulu dimana traditional metal itu masih kuat terasa walaupun bersembunyi disebalik dentuman kelajuan moden brutal death acuan mereka.Mungkin ini yg dipanggil 'progres' bagi mereka..namun bukan untuk saya...
Ok,berbalik kepada album ini.Pembuka tahun 2010 mnyaksikan album live ini menjadi rebutan bukan sahaja kepada fan band ini bahkan para 'collector' bahan metal juga mulai sibuk mencari album ini(termasuk lah aku..haha).Ini kerana peluang yang kedua untuk memiliki album ini tidak boleh di sia2 kan,tak kan lah orang yang berpendapatan rendah seperti aku hendak membeli vinyl yg mampu mencecah ratusan ringgit..jadi inilah peluang untuk orang seperti aku dapat merasai kerakusan music live dari IMPIETY yang telah memancung ego orang2 Jepun.
Line up live ini menyaksikan shyaithan(IMPIETY man of order..haha) masih lagi di posisi bass,selain dibantu pemuzik extreme dari Japan iaitu Itaru sayashi diposisi guitar dan AkihiroTsunoda sebagai tukang hentak pada show berkenaan.Live yg pada saya tidak mengecewakan walaupun pada peringkat awal saya membayangkan mereka mungkin tidak akan bermain dengan cukup tight seperti album apatah lagi mereka menyerang hanya berbekal 3 pierce metal soldier.Namun semua itu meleset tatkala saya mendengar sound yang dikeluarkan begitu hebat..ialah band International lah katakan..kalau dengar kita nye band yang bawa konsep macam ni alamatnya dengar bunyi tong drum jelah..hahaha.
untuk side 'A' tape ini mereka menembak tepat dengan set list lagu seperti diento de holocousto, atomic angel assault,goatfather(arrrghh),bestial to the bone..untuk side 'B' pula mereka menyerang hendap dengan set list seperti dominator,carbonized,christfuckingchrist,anal madonna...
Sebuah album yang pada saya cukup hebat untuk didengar tatkala masa terluang..jika saya yang bukan die hard IMPIETY pun sanggup mengeluarkan RM35 hanya untuk sebuah kaset, ini kan pula jika anda yang menjadi kan IMPIETY sebagai setlist wajib harian anda....


No comments:
Post a Comment