Label afterlifeprod seakan belum bersedia untuk berhenti dari mengeluarkan produk2 klasik tempatan,Selepas berjaya dalam beberapa siri produk seperti MUTILATION "Massacre On Bodies" dan juga UNGODLY DEATH "Lost Nation" dan juga beberapa nama lagenda lain dan tidak diketepikan juga SUFFOCATION (pre-SUFFERCATION) iaitu demo "Nightmare In Red".
Suffercation adalah gagasan death metal tempatan yang terawal mengkucar kacirkan dunia music mainstream pada awal era 90'an dulu melalui album mereka "Day Of Darkness" (klik sini untuk baca) yang menurut aku ia adalah sebuah album yang cukup menepati piawaian kebuasan sebenar dalam radar death metal tulen.
Demo mereka ni dirakam sekitar tahun 1990 dan pada waktu itu pasaran untuk demo ni tidaklah secara meluas.Pada waktu itu demo ini hanya dicetak dalam beberapa keping dan tidak lama selepas ia dipasarkan pihak Valentine Sound Production (VSP) telah melamar mereka untuk merakamkan album "Day Of Darkness",maka cerita perihal kekuatan demo ini pun lenyaplah.
Kualiti rakaman demo ini amatlah menyesakkan dada jika anda adalah penilai music metal suci ciptaan MTV,namun jika anda adalah penggemar music metal tulen yang memahami prisip "metal means stay underground" pasti anda menghargai karya dalam demo ini.Walaupun ada beberapa track yang kedengaran vocal lebih lantang dan terkedepan bunyinya berbanding instrument tetapi itulah karya jujur yang dimainkan kemudian dirakam tanpa sebarang edit.
Tracklist
- nightmare in red
- the remains
- posthumous
- suffocation
- through the darkness
belum bekesempatan lagi merembatnya haha
ReplyDeleteshould have geng
Deletemetal suci ciptaan mtv?
ReplyDeletehaha
takkan tak tahu kot hehehe
Delete