bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Friday, May 17, 2013

Destruction Live @ KL Metalcamp 2013

                       

              Sabtu lepas (4 may 2013) telang berlangsungnya sebuah event tahunan bagi seluruh metalhead di Malaysia iaitu KL METALCAMP yang mana tahun ni telah masuk kesiri yang ke-6...aku secara peribadi agak kagum dengan penganjur kerana siapa yang sangka KL METALCAMP pertama yang bermula pada tahun 2008 di dewan komuniti cina (mcpa) hanyalah sebuah gig biasa namun hari ni KL METALCAMP seakan2 sebuah upacara tahunan yang wajib disetiap tahun dan ia dinantikan bagi semua aktivis/penggerak/peminat mahupun beribu2 komuniti underground di Malaysia...KL METALCAMP bagi siri pertama,kedua dan ketiga aku turut serta namun atas faktor2 kerja harian maka siri yang keempat dan kelima aku terlepas..dan tahun ni adalah mustahil untuk aku tidak hadirkan diri apatah lagi headliner bagi KL METALCAMP pada 2013 ni adalah lagenda Thrash Metal dari Germany iaitu Destruction 
               

                  Aku bergerak dengan Arif dan kami tiba di Solaris lebih kurang pukul 2.00 petang..show yang dijanjikan berlangsung pada pukul 2.00 itu hanyalah bermula pada pukul 4.00 petang..terpaksalah aku dengan Arif jadi kutu rayau sementara nak menunggu show bermula.Lebih kurang pukul 3.00 kelibat Destruction yang baru tiba di venue mula kelihatan,berkerumun orang yang datang nak bergambar termasuk orang yang menulis review yang korang tengah baca ni hahahaha... 


                                 kesian kena buli paksa makan durian hahahaha 


             Kita letak tepi dulu pasal Destruction ni pasal dorang drop pun kejap je...Lebih kurang pukul 4.00 petang semua crowd dibenarkan masuk,waktu aku melangkah masuk kedengaran emcee dah mula membebel untuk mengalu alukan kedatangan penonton...Andy Flop Poppy yang jadi emcee petang tu. 


             

                     STORMING STEELS band Thrash Metal kental yang datang dari negeri jelapang padi ni diberi kepercayaan bagi menjadi opening act untuk KL METALCAMP kali ni...persembahan STORMING STEELS mendapat tindak balas yang cukup positif dari crowd petang tu,cuma sayang mereka hanya memainkan 5 buah saja lagu (sepatutnya 6 lagu) sebab organizer nak kejar masa bagi laluan pada DESTRUCTION...bukan saja STORMING STEEL malah hampir kesemua band terpaksa cut waktu persembahan mereka....STORMING STEELS menutup persembahan dengan sebuah lagu saduran dari lagenda Death Metal Malaysia iaitu SILENT DEATH menerusi lagu "Satanic Unity" (lagu dari demo SILENT DEATH tahun 1990 "eternal damnation") 




                Band kedua yang beraksi pada petang tu diterbangkan khas dari negara gajah putih..ZYGOATSIS sebuah band berkonsep Black Metal yang menyuntikan sedikit konsep barbaric adalah sebuah band yang tidak asing lagi di Thailand...aku mengenali mereka melalui sebuah kaset 3 way split yang dikeluarkan oleh WITCHHAMMER  PROD sekitar tahun 2011 dulu yang mana kaset split berkenaan turut menampilkan NUCLEAR WARFARE dan juga DEFAMATION. 
                                  Untuk pengetahuan pembaca ZYGOATSIS juga dibarisi oleh Avajee iaitu bassist/vocalist bagi lagenda Black Metal siam iaitu SURRENDER OF DIVINITY bezanya dalam ZYGOATSIS beliau bertindak sebagai lead guitarist.Mereka mendominasi pentas dengan baik serta permainan yang tight cuma dari segi sound ada sikit kacau bilau,ada masanya rasa macam nak pecah gegendang telinga..apapun pada aku ZYGOATSIS dah all out habis petang tu...andaikata ada peluang aku nak lagi tengok dorang main live disini..              




                Kumpulan Thrash Metal kedua yang beraksi selepas STORMING STEELS pada hari itu adalah HEREAFTER.Sebuah band yang rasanya tak perlu aku bagi introduction panjang lebar jika korang memang berkecimpung dalam scene music keras...tanpa ada sebarang banyak cakap HEREAFTER terus memulakan persembahan mereka.Diawal lagu pertama yang mereka bawa ada sikit masalah dibahagian gitar namun masalah tersebut cepat2 diselesaikan oleh crew yang sedia ada... 
                Terus menghembur dengan lagu kedua yakni anthem song bagi HEREAFTER iaitu "orang jahat"..ternyata rata2 crowd memang hafal dengan lagu ni dan ia dibuktikan apabila semua crowd menyanyikan bahagian chorus lagu ni iaitu "marilah sertai kami...ORANG JAHAT" hahaha..kemudian disusuli dengan beberapa lagu dari album "Endcient"...HEREAFTER membawa lebih kurang 4 lagu pada petang itu... 


                TOOL OF THE TRADE mengambil alih pentas...inilah pertama kali menyaksikan mereka di depan mata,jika sebelum ni banyak juga terbaca dalam review zine bercerita akan kehebatan band Grindcore tegar ni dan kali ni aku berpeluang tengok sendiri macam mana dorang kucar kacir kan stage hahaha...mereka antara band yang sedikit bertuah pada petang itu kerana diberi keizinan untuk menghiburkan crowd tanpa ada sekatan masa..... 





                  Lagenda Hardcore dari temasik iaitu STOMPIN' GROUND...walaupun aku bukanlah meminati jalur music yang sebegini tapi kehadiran STOMPIN' GROUND pada petang itu memang aku nantikan.Ini kerana mereka adalah nama yang paling kerap disebut oleh setiap media andaikata kita berbica perihal pola perkembangan music keras di Asia..bahkan diberitakan bahawa ini adalah show terakhir mereka (Ariff beritahu aku yang masuk kali ni dah 4 kali dorang umum last show hahaha).Sepertimana TOOL OF THE TRADE yang diberi peluang beraksi tanpa sekatan masa begitu juga pada STOMPIN' GROUND yang diberi ruang untuk beraksi apatah lagi crowd cukup menggila tatkala melihat act mereka...tamat lagu terakhir dari band lagenda ni maka show diberhentikan buat sementara bagi laluan waktu maghrib.. 





                    Lebih kurang pukul 8.30 malam crowd dibenarkan masuk semula kedalam,ketika sedang berasak-asak untuk masuk dan tatkala tu sudah pun kedengaran sound dari skuad Death Metal tegar iaitu HUMILIATION  yang telah memulakan persembahan mereka,sepertimana aku merasakan bahawa inilah band yang paling best sound pada hari berkenaan rupa Arif juga bersependapat. 
                          Satu persatu lagu diasak oleh mereka,dan mereka juga bertuah kerana tidak diberi sekatan masa (beza dengan band lain HUMILIATION menyambung persembahan kerana permintaan crowd yang menggila).Ini adalah kali yang ke-3 aku menyaksikan mereka beraksi dan ia tetap menarik untuk dilihat,aku syorkan pada kawan2 yang mungkin dah pencen dari menghadiri gig2 yang sebegini tapi masih ada minat walau sekelumit pada irama Death Metal maka datanglah singgah dimana2 saja gig jika terdapat nama HUMILIATION ni sebabnya aku yakin band sebegini adalah untuk anda!!!!selepas mereka SIL KHANNAZ pula yang mengambil alih (maaf tiada gambar sebab kamera aku masa ni meragam...).Raja Death Metal Malaysia ni hanya memainkan 3 lagu saja pada malam tu sebab untuk memberi ruang pada DESTRUCTION kerana waktu memang sudah terlalu lewat. 


                     Tamat persembahan SIL KHANNAZ ini bermakna penantian hampir berakhir...stage digelapkan dan banner besar DESTRUCTION dinaikkan....sepertimana aku penonton lain juga sudah terasa akan adrenalin yang mengalir sudah ke kemuncak.Seleksi lagu2 dari Scorpion,Rainbow dan juga UFO mengiringi suasana tatkala crew sedang bertungkus lumus menyiapkan segala kelengkapan bagi lagenda German ni,apa yang menariknya crew yang bertanggungjawab untuk band mega ni hanya 2-3 orang saja dan mereka cukup cekap menyediakan segala bentuk keperluan,dialah yang jadi drum tech dia juga yang jadi guitar and bass tech dan juga tukang adjust mic 1,2,3 test test test hahahahaha..hebat.. 
                                

                     Dikiri dan kanan stage diletakkan dua penghadang dimana tertera gambar "kepala tengkorak berkecai" (gambar dari album ANTICH???).. 




                      Schmier,Mike dan Vaaver telahpun berada diatas stage dan sepertimana layar yang tertera logo dari album "antich????" maka lagu pertama dan kedua juga diambil dari album berkenaan bermula dengan lagu "Trash Till death" dan diikuti lagu kedua iaitu "Nailed To The Cross". 


                        Selesai beberapa lagu mereka mula berinteraksi dengan crowd dengan menyatakan bahawa dunia Thrash Metal global merasa kesedihan dan dalam keadaan murung kerana sehari sebelum mereka (DESTRUCTION) bertandang kesini mereka dikejutkan dengan berita kematian mendiang Jeff Hanneman (SLAYER) dan DESTRUCTION sempat memainkan beberapa medley riffing dari seleksi lagu2 hebat Jeff Hanneman semasa hayatnya bersama SLAYER... 



                     Mereka kembali menggasak...satu persatu lagu ditembak tanpa ada sedikit ruang untuk bernafas...mereka tidak peduli apa yang terjadi diatas stage kerana mereka punya crew yang cukup profesional yang mampu membetulkan apa juga masalah yang terjadi tatkala DESTRUCTION beraksi..maka kerja band ini cukup mudah iaitu hanya melalak untuk menghiburkan ribuan thrasher yang hadir pada hari itu. 
                              Sebutkan saja apa dia yang anda mahu...anda mahu 'Mad Butcher'??anda mahukan "Total Desaster"??ataupun "Metal Discharge"??...boleh dikatakan hampir semua track klasik dari lagenda yang diletakkan sebagai salah satu KING dalam "The Big Three" dari Germany selain dari KREATOR dan juga SODOM telahpun mereka bawa pada malam tu...mereka menamatkan persembahan lebih kurang pada pukul 11.45 malam.... 



NOTA : Balik rumah tidur sambil senyum2 sebab dapat bergambar dengan Mike kihkihkih!!!!!!  
                      

5 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...