bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Tuesday, October 18, 2011

SEARCH & AWIE "Bikin Wilayah"

               Masuk era 90'an tiada satu pun Band Hard Rock yang menjadi..sebut lah mana Band yang gah segalipun baik WINGS mahupun MAY semua seakan akan hidup segan mati tak mahu..dan nasib serupa juga terpalit pada gergasi Rock Malaysia iaitu SEARCH.Album2 SEARCH pasca pertengahan 90'an tiada satu pun yang menjadi.Tiada yang mencapai impak seperti Fenomena mahupun melepasi album Karisma.Kenapa ini semua berlaku?? sebabnya pada tahun pertengahan 90'an adalah zaman XPDC..zaman dimana semua orang menolak ketepi album METALLICA kerana memadai lah dengan album2 seperti Kita Peng yu ataupun Brutal dan inilah dia punca mengapa Band2 gergasi Rock yang lain ada sikit terTAMPAR dengan ketepatan idea XPDC..
              Ok,balik pada cerita SEARCH tadi,tahukah anda dalam semua kegagalan album mereka (menurut aku) namun ada satu album di penghujung tahun 90'an yang telah memberi IMPAK yang besar dalam dunia Rock sekaligus memberitahu seluruh umat tanah melayu bahawa SEARCH masih hidup??ia tidak lain dan tidak bukan adalah album special project SEARCH bersama AWIE  yang diberi nama BIKIN WILAYAH.


                 Album ni cukup nostalgik pada aku secara peribadi..ia seakan2 sebuah album yang boleh diibaratkan sebagai sebuah tong gas yang diberikan kepada SEARCH untuk terus hidup walaupun dalam jangka masa yang singkat selepas itu.Ini kerana ramai yang menganggap SEARCH akan arwah setelah Amy membawa haluan sendiri.Namun rezeki sekali lagi berpihak pada SEARCH tatkala lagu PUKUL RATA seperti "Nurnilam Sari' telah diterima cukup baik oleh segenap masyarakat...SEARCH memang punyai magis mereka sendiri... ada beberapa perkara yang aku nampak dalam album ni

  1. SEARCH mengguna pakai formula DEEP PURPLE pasca album BURN,dimana David Coverdale mempunyai partner vocal bersama dengan Glen Hughes (Bassist)..begitu juga album ini dimana Awie digandingkan bersama Fauzi (bassist SEARCH waktu itu) bagi menambahkan lagi kacau bilau Rock anutan mereka dalam Bikin Wilayah.. 
  2. Jika sebelum ini M.Nasir menjadi penerbit album2 mereka dan paling tidak pun sebagai penasihat produksi namun dalam album ini M.Nasir hanya menjadi penata vocal...ini bermakna SEARCH sudah mulai progress dan mahu satu mood baru dalam penciptaan album. 
  3. Lirik2 didalam album ini LIAR dan BUAS,tidak seperti album2 mereka bersama Amy.Bahkan setiap lirik yang dicipta masuk dengan setiap lagu. 
  4. Album ni aku anggap sebagai album yang betul2 telah DIFIKIR sebelum direkod...ini kerana kesempurnaan bagi setiap aspek produksi itu ada dalam album ni. 



                       Jika anda pernah / memiliki album ni pasti anda tahu akan perbezaan langit dan bumi album ni jika dibanding album2 mereka yang lain.Aku berani katakan album ni adalah album magic SEARCH yang kedua selepas Fenomena.Bahkan menurut aku juga album ni 100 kali lebih rugged jika nak dibandingkan dengan album Gothik Malam Edan.Walaupun lagu Nurnilam Sari adalah anthem ballad dalam album ni,namun aku memilih lagu "Bayangan Baiduri' sebagai lagu balada tersolid dalam rilisan ini,dan lagu berat pulak pada aku semua boleh dilayan sebab semua best....anda harus miliki album ini jika anda adalah peminat setia SEARCH..


  1. Mancis Dah Basah
  2. Bayangan Baiduri
  3. Zen (Bikin Wilayah) 
  4. Setia Dalam Kacamu
  5. Ichiban
  6. Kanta Biru
  7. Ghairah Malam 15
  8. Mutiara Embun
  9. Penghujung Jalan
  10. Nurnilam Sari 

NOTA : Album ni aku puas cari,dua hari lepas baru jumpa itu pun kaset je...pada sesiapa yang tahu mana nak dapat album ni dalam format CD bagitau aku segera....tq...

8 comments:

  1. bayangan baiduri ftw!

    akupun tgh cari versi cd, kaset aku dah lama kena tapau zmn2 penghujung 90an dulu

    3 cd album rok melayu yg susah nak cari:
    1. wings biru mata hitamku (pasti!)
    2. ramli sarip a-live
    3. search/awie bikin wilayah

    ReplyDelete
  2. aku ada versi cd...heheh(ketawa riak)...

    ReplyDelete
  3. berteromber:
    "utang lama" jgn lupa uh uh uh~

    ReplyDelete
  4. ijau...utang tak lupa...tajuknya yang tak jumpa2...

    sorry tuan tanah...tumpang lalu... :)

    ReplyDelete
  5. berteromber:
    jual la cd "bikin wilayah" ko kat aku... muehehehe~

    ReplyDelete
  6. ghairah malam 15 la best ha5..album ni menunjukkan Search boleh produce album & lagu2 yang baik/bagus. antara album yang lain dari bunyi Search yg selalu.

    ReplyDelete
  7. SALAM TUAN TANAh;

    kalau Opera dalam Kenangan sudah re released dalam bentuk cd pastinya cd ni pun tak mustahil.

    ReplyDelete
  8. portdy > kalau betul lah ada pihak yang sanggup keluarkan balik album ni bermakna memang bijak percaturan mereka dalam bidang niaga music..hahaha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...