bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Sunday, October 23, 2011

Harta Baru


              Syukur alhamdulillah,bonus dah pun dapat,bila difikir perihal bonus ni pastinya mengingatkan kita pada jerit perih kita bekerja siang dan malam untuk majikan kita dan bonus ni adalah hadiah yang diberi sempena segala pengorbanan kita sebagai seorang pekerja.Jadi duit yang datang dari sumber sebegini pasti nya aku nak abadikan pada sesuatu yang aku nampak dan sekurang2 nya ia boleh diguna pakai dengan baik,jadi aku memilih untuk memiliki Galaxy Tab ini.
              Kelakar kan??orang lain dah jemu pakai menatang ni tapi aku pula baru nak beli..hahaha..apa nak buat aku bukan golongan yang bertuah seperti kalian yang boleh menurut apa juga trend pasaran,aku terpaksa menabung atau bercatur segala macam baru dapat memiliki apa yang aku hendak..aku golongan sederhana dan bukan datang dari golongan elit.
               Aku dah lama berkenan dengan Galaxy Tab ni,semenjak aku tengok konsert LOUDNESS lagi aku dah perasan ramai yang guna menatang ni,aplikasinya juga menambat hati orang yang jenis macam aku,dan dari situ lah terdetik untuk gunakan perkhidmatan SAMSUNG ni...nak cerita panjang pun tak guna sebab benda pun baru beli,nak guna pun belum pandai...hahahaha

3 comments:

  1. tahniah bro... time bujang2 ni memang macam2 boleh beli.

    ReplyDelete
  2. betul tu...aku pun tak mampu nak beli menatang ni...heheh..

    ReplyDelete
  3. Dr Ben > mekasih bro....walaupun bujang bukan lah bermaksud saya dapat beli apa2...tanggungjawab saya pun boleh tahan juga..cuma kalau ada rezeki tu barulah boleh merasa..

    Berteromber > Menatang ni pun bukan lah best sangat kalau nak dibanding cd "Bikin Wilayah" yang bro ada tu...hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...