bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Sunday, September 9, 2012

WRECKAR "Rape All"


         Band yang lahir diatas kejayaan lagu Perisher yang dimuatkan didalam album kumpulan Au Revoir menerusi album Engine Of My Heart maka terlahirlah Wreckar yang mana sebuah band berkomposisikan lagu2 seperti 'Perisher' (hanya drum dan bass tanpa guitar).Berbekalkan individu2 yang pernah/masih menganggotai band2 Metal underground tempatan maka untuk menyebarkan nama Wreckar ni rasanya tidak lah terlalu sukar sepertimana beginner yang lain apatah lagi band2 setiap personalnya seperti Au Revoir,Hereafter mahupun Devastator bukanlah asing dari pengetahuan.




           Menerusi rilisan yang bertajuk "Rape All" ni Wreckar mempertaruhkan 5 buah track lagu.Mengikuti beberapa update dan juga promotion mereka di Facebook ada mereka menyatakan bahawa mereka adalah sebuah band Punk dimana diadun dengan beberapa pengaruh lain seperti Motorhead dan juga Sodom sebagai pengaruh utama.Namun selepas aku mendengar Cd ni apa yang aku amati bahawa album ni bukanlah total Punk dan rasanya lebih bagus jika mereka guna term Rock n Roll.
            Ini kerana bila kita berbicara tentang Punk ia berkait rapat dengan beberapa ideologi yang JUJUR bagi pengikutnya,music mereka fashion mereka apatah lagi passion mereka juga adalah tinggi.Aku mungkin bukanlah individu yang tepat untuk cerita perihal ni namun dengan sedikit pengalaman berkawan dengan beberapa rakan yang duduk dalam aliran tu maka sedikit sebanyak mampu jugalah aku huraikan.Harus diingat Punk bukan music tapi dari culture dan selepas itu baru lahir musicnya.
            Bagaimana pun kewujudan band2 yang unik sebegini cukup positif buat aku kerana setidak tidaknya ianya dapat memberi variety dalam pergerakan music bawah tanah.Aku kata macam tu sebab adakalanya aku sendiri terasa bosan dengan music yang aku suka maka dengan kehadiran band2 yang sebegini dapat juga dilarikan selera yang hilang untung something yang baru apatah lagi dengan 5 buah track yang mampu menggasak dan menguji sound speaker korang....


         Sedikit promosi,bagi mereka2 yang berada di Johor khasnya korang bolehlah luangkan sedikit masa untuk menyaksikan Wreckar pada 13 october ni dalam misi mereka menghuru hara kan keadaan...

dapatkan korang punya copy menerusi link di bawah ;
http://www.facebook.com/Faithcraftproductions
dan segala update band ni boleh diikuti menerusi page facebook:
http://www.facebook.com/Wreckar

Wednesday, September 5, 2012

Air Loncan


                 Salam Syawal (belum terlambat lagi kan??)...orite aku nak sembang benda simple2 jelah buat masa ni almaklumlah mood open house ni boleh bikin jadi malas dan lembab sebab sindrom 'kenyang tak sudah' menguasai diri hahaha.
                 Ok masa cuti raya seminggu hari tu maka aktiviti pulang ke kampung halaman pun berlangsung..yang Rock ke yang tak Rock ke semua melakukan perkara yang sama atas nama ziarah sanak saudara sempena hari baik bulan baik ni.Aku balik ke Rembau,kalau diikutkan tak balik pun takpe sebab dah tiada sesiapa kat sana tapi ayah aku ajak juga untuk ziarah saki baki kaum kerabat kami.
                 Pendek kan cerita semasa nak balik ke KL ayah aku mintak aku singgah dulu ke Chengkau kata dia nak beli air 'loncan'...air loncan ni memang legend kalau dulu masa aku kecik2 bila balik beraya kat kampung arwah nenek aku akan hidangkan air 'loncan' ni,bukan takat nenek aku tapi boleh kata semua rumah yang aku pergi beraya zaman tu dok hidang air ni juga...cuma sekarang ni nama2 yang superb macam jenama Coke dan Pepsi dah jadi dominan maka trend pun berubah lah.
                Air ni duduk dalam kategori air karbonat juga tapi rasa gas dia kurang (macam takde gas) jadi hanya ada rasa manis je...aku tanya juga ayah aku mana dapat nama "loncan" tu dan ayah aku cakap nama 'loncan' tu adalah nama company air ni hahahaha...itu di Negeri Sembilan kampung aku macam di Johor kawan aku Idham kata area Batu Pahat dorang panggil air ni "oren bodoh" tak kira lah perisa oren ataupun perasa soda tetap panggil "oren bodoh' hahahahaha...

Sunday, August 19, 2012

Syawal 2012


         Selamat menyambut hari raya Aidilfitri buat semua umat Islam yang meraikan..dan ucapan khas dan SPECIAL juga buat pengKOMEN tegar blog ni,follower2 rasmi yang seramai 22 orang tu dan seterusnya pada visitor2 yang kerap singgah dan tunggu setiap posting yang aku update di blog ni....mohon maaf andaikata ada terkurang adab tatkala menaip!!!

Saturday, August 11, 2012

SLASH vs CHILDREN OF BODOM

       Slash,nama yang cukup akronim bila bersembang perihal music Hard Rock apatah lagi bayangan Gun & Roses yang sentiasa menghantui karier beliau walaupun Slash telahpun bercerai dengan band lagenda tu lebih dari 15 tahun.Secara jujur Slash bukanlah guitarist yang jadi favorite aku bahkan kalau kita rajin selak majalah music nama Slash tak tersenarai pun dalam kategori guitarist yang hebat kalau ada sekalipun pasti dalam ranking yang bawah2 je.Hebatnya Slash ni hanya dalam pembentukan karya2 semasa dalam Gun & Roses tapi dalam mana2 band yang lain rasanya kureenngg sikit.Namun dalam dunia Rock N Roll global nama Slash jauh meninggalkan guitarist2 yang lain dan faktor ni aku rasa kerana Slash punya hubungan yang cukup baik dengan beberapa nama besar dalam dunia Rock sepeti Ozzy (Black Sabbath) mahupun Lemmy (Motorhead) dan ramai lagi.
                   Album ni keluar selepas projek mega beliau bersama Velvet Revolver dah berkubur.Album yang menghimpunkan seleksi nama2 besar dalam dunia hiburan melengkapkan lagi album ni dan aku rasa Slash dah letih nak main dalam band jadi dia pun pakai teori Carlos Santana jelah iaitu panggil ramai2 artis gangbang dalam satu album.
                    Ia bukanlah sebuah album yang terbaik tapi aku menjangkakan album ni secara jelas/terang lagi bersuluh adalah sebuah album yang mana Slash bikin untuk menjawab pada hasil SAMPAH dari album reunion Gun & Roses iaitu "Chinese Democracy" dan pastinya Axl adalah individu yang paling terasa ancaman dari album ni (jarak release "Chinese Democracy" dengan album ni tak jauh) bahkan selepas dari ni Axl adalah individu yang pasti dituding oleh sebilangan besar peminat Gun & Roses kerana GAGAL mempertahankan kehebatan kumpulan itu.
                   Nama2 yang terlibat dalam album ni antaranya ialah Lemmy (Motorhead),Ozzy (Black Sabbath),Dave Grohl (Foo Fighter/Ex-Nirvana),Alice Cooper,Kid Rock dan banyak lagi.Selepas dari album ni penyanyi Myles Kennedy (Alter Bridge/new vocalist for Led Zeppelin) yang menjadi penyanyi untuk semua lagu semasa show Slash...untuk pengetahuan korang Myles Kennedy bukan sahaja seorang Vocalist Rock Modern yang bagus tetapi skill permainan guitarnya juga jauh lebih bagus dari Slash hahahaha....


        Terasa kagum juga bila melihat band ni masih lagi wujud dan mampu bertahan,dari sebuah band yang under dog dan sekarang dengan megah mempunyai jutaan peminat bahkan duduk sepentas bersama SLAYER misalnya bukanlah sesuatu perkara yang asing bagi Children Of Bodom (COF).Aku tidak mengikuti perkembangan COF secara detail selama ni bahkan album terakhir yang aku beli pun adalah pada tahun 2002 dulu (album "Hate Crew Deathroll") dan selepas dari tu memang tak follow up langsung,mungkin kerana dah tiada apa lagi yang aku nak teroka dalam music mereka.Album ni (Skeletons In The Closet) adalah sebuah cover album dimana COF membawakan semula lagu2 saduran yang pernah mereka rakamkan didalam studio album mereka sebelum ini.Aku anggap pembikinan album sebegini adalah cara "don't work hard but work smart" iaitu cara mudah nak bikin duit melalui cover lagu orang kemudian sumbat dalam album sendiri hahahahaha.
             Dah banyak sebenarnya band2 yang buat rilisan sebegini.Tapi andaikata korang memang suka dengan rilisan yang berbentuk sebegini aku sarankan korang cari album HAMMERFALL (Masterpiece) yang mana HAMMERFALL merakam semula beberapa lagu dari band2 lagenda yang jarang di-cover oleh band sekarang seperti LOUDNESS,RISING FORCE,RIOT dan macam2 lagi.
             Album ni memuatkan beberapa lagu dari nama2 besar seperti Aces High (Iron Maiden),Silent Scream (Slayer),Somebody Put Something In My Drink (Ramones) dan juga Ooops..i did again (Britney Spears).....Britney Spears??...wtf??....

NOTA : kedua2 album ni aku tak minat..tapi kenapa aku beli??...sebab speedy video ada buat sale untuk kedua2 album ni dengan harga rm10 je setiap satu...katakan tiada sale jangan harap aku nak beli album2 ni hahahahaha....

Friday, August 3, 2012

Berbuka "Nasi Ayam Penyek"

           Dua hari lepas aku dengan beberapa kawan sekerja telah berbuka puasa bersama,rasanya berbanding yang dulu tahun ni agak slow sikit aktiviti riadah kami kerana faktor masa yang makin hari main rumit.Tempat yang kami pilih adalah di Restaurant Sajian Enak yang terletak di tingkat 3 di banggunan Kenanga Wholesale City Jalan Gelugor Kuala Lumpur.Kami pilih tempat ni atas sebab lokasinya mudah ditemui dan senang nak berkumpul selain pakej berbuka puasanya iaitu nasi tomato mahupun nasi ayam penyek.


            Gambar diatas adalah nasi tomato dimana hidangan disertakan sekali dengan keropok sebagai pelengkap.


          Dan gambar diatas ni adalah aku punya santapan iaitu nasi ayam penyek.Lengkap dengan tahu goreng+tempe goreng+sayur+sambal dan kuah sup.Pakej setiap makanan berbuka disini adalah rm10.50 (nasi tomato mahupun ayam penyek).Dan ia dilengkapi dengan  air sirap selasih dan juga buah tamar.

Thursday, July 19, 2012

Good Bye John Lord


                    Beberapa hari lalu kita dikejutkan dengan satu lagi berita kematian seorang "Icon" dalam dunia Rock iaitu John Lord.Sebagai seorang peminat Deep Purple aku rasa patut juga dibuat posting berkenaan peranan mendiang dalam Deep Purple.Aku adalah generasi baru,mungkin ada benda yang aku tidak tahu dan mungkin ada benda yang terkurang,namun apa yang bakal aku tulis ni adalah datang dari pandangan aku sendiri dan setidak2 nya ia adalah satu posting perhormatan dari aku buat John Lord.
                    Jika tak salah beliau boleh dikatakan founder dalam Deep Purple iaitu dari generasi pertama band itu dimana vocalistnya adalah seorang perempuan (Shiela Carter).Aku yakin beliau juga adalah seorang SAKSI besar akan cerita2 yang berlaku dalam Deep Purple,ini merujuk kepada beberapa formasi Deep Purple yang bertukar ganti dan beliau terlibat hampir 80% dalam setiap line up yang melanda band itu,sebutkan sahaja dimana zaman yang John Lord tak join?...zaman Blackmore dia ada,zaman Tommy Bolin dia ada sehinggalah ke zaman Steve Morse (betul ke ejaan ni??) pun dia ada..begitu juga dari zaman Ian Gillan sehinggalah ke era David Coverdale beliau turut serta.
                    Menurut pendapat aku nasib John Lord dalam Deep Purple sama macam nasib John Deacon di dalam Queen dimana peranan mereka cukup besar namun terlepas pandang oleh segelintir peminat music,di dalam Queen rata2 hanya memberi mention pada Freddy Mercury dan juga Brian May,begitu juga didalam Deep Purple dimana Ian Gillan dan Ritchie Blackmore yang acap kali disebut sedangkan kita tahu jika bergerak dalam band ia merujuk kepada semua line up bukannya individu.Tetapi jika nak disamakan nasib rasanya Queen lebih bertuah sebab boleh dikatakan tiap2 tahun ada sahaja anugerah untuk mereka dan ini secara tidak langsung mereka masih dapat dipromosi,berlainan dengan Deep Purple jangan kan anugerah nak tengok dorang jadi cover dalam magazine Rock pun susah.Tapi aku yakin lepas dari ini Deep Purple akan dijadikan muka depan bagi majalah2 music atas kisah pemergian John Lord ini...
                  Walaupun dunia menyaksikan pelbagai nama2 hebat keyboardist yang muncul seperti "Don Airey" (Dio,White Snake,Deep Purple) yang dikatakan kononnya generasi baru selaku pencabar John Lord namun bagi pendapat aku sentuhan "orang lama" tetap bisa.Sebagai contoh dengarkan sahaja lagu "out of my mind" betapa solidnya paduan beliau disisi riffing Tony Iommy dan dari hasil itu juga buat aku terfikir,alangkah elok jika Tony Iommy memanggil John Lord untuk menyumbangkan hasil2 melody keyboard nya didalam HEAVEN & HELL pasti album "The Devil You Know" tidak kelihatan begitu SAMPAH seperti yang kita tahu.


Sunday, July 15, 2012

QUEEN "Jazz"


                    Seperti yang aku janjikan maka kali ni aku akan review album "Jazz" milik kumpulan lagenda dari England ni....jom baca...
                   
                           Ok,album ni release pada tahun 1978 dan buat pertama kalinya Queen merakamkan album di luar kampung halaman mereka bahkan pelancarannya pun dibuat di America.Album ni sebenarnya bukanlah satu album yang hebat jika nak dibanding dengan album "Sheer Heart Attack" bahkan album "Jazz" ni kena hentam teruk juga disebabkan music Queen pada album ni cukup berkecamuk dan kacau bilau.Tapi aku memilih album ni kerana rata2 lagu didalamnya adalah lagu2 terawal Queen yang aku dengar tatkala pertama kali mengenali mereka.
                         Antara lagu2 yang melekat dalam album ni adalah seperti lagu "Fat Bottomed Girl","Bicycle Race" dan tidak lupa juga lagu kacukan Arabic dan Rock melalui lagu "Mustapha".Masa mula2 aku tengok album ni (masa tu belum layan Queen) aku ingat ia sebuah project album Queen yang memainkan semua lagu2 Jazz memandangkan title Jazz tu sebagai nama album,ternyata salah besar aku rupanya..hahahaha


                       Gambar album ni adalah berilhamkan lukisan yang berada di tembok Berlin,selain itu promosi nya pun cukup hebat dimana Queen telah mengupah seramai lebih kurang 60 orang perempuan berlumba basikal dalam keadaan bogel dan ini juga salah satu sebab mengapa album ni kuat dikritik selain pada music nya.Semalam Dave pemilik label feudal Throne Record baru menunjukkan aku akan poster perempuan berlumba basikal dalam album Jazz ni dan inilah kali pertama aku melihat akan poster yang menjadi kontroversi buat album ni.Dan dimaklumkan hanya German sahaja yang melepaskan foto berkenaan dalam first pressing album tu dan kemudian telah menggantikan dengan gambar yang lain.Untuk pasaran sini jangan cakaplah memang sah-sah takkan lepas punya.Jadi pada sesiapa yang cukup memuja akan lagenda ni   bolehlah mendapatkan album ni sebabnya pada aku walaupun album Queen ni hebat dikritik namun tiada satu pun yang mampu menyangkal kredibiliti Queen dalam mencipta lagu2 hebat mereka termasuklah dalam album ini sekali.

  1. Mustapha
  2. Fat Bottomed Girl
  3. Jealousy 
  4. Bicycle Race
  5. If You Can't Beat Them
  6. Let Me Entertain You
  7. Dead On Time
  8. In Only Seven Days
  9. Dreamer's Ball 
  10. Fun It
  11. Leaving Home Ain't Easy
  12. Don't Stop Me Now
  13. More Of That Jazz 


Nota: Bila baca lirik lagu "More Of That Jazz" aku tahulah dimana Megadeth dapat idea untuk bikin lirik lagu "victory" dalam album Youthanasia....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...