bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Sunday, March 19, 2017

Sales..Sales..Sales

                                         Sedar tak sedar ni adalah posting pertama aku untuk tahun 2017...korang tak benci ke dengan blog ni??..kejap ada kejap tidak..janji tak pernah tunai hahaha...so amacam tahun 2017 ada bagus??..barang makin mahal??..politik makin berkecamuk??..apa nak buat dah takdir kita macam ni hadap jelah...
                                         Ini berkait rapat dengan cerita yang aku nak sampaikan dimana satu lagi kedai music menyembah bumi iaitu Rock Corner di The Curve damansara...sesiapa yang biasa dengan tempat ni pasti tahu Rock Corner yang ada disitu antara yang gah juga disaat beberapa tahun kebelakangan ni satu persatu branch mereka tutup (terakhir cawangan di KLCC kalau tak salah) namun di The Curve nampak masih mampu bertahan...
                                        Tapi tulah,panas yang disangka ke petang akhirnya hujan jua di tengah hari dan akhirnya Rock Corner disitu juga bakal melaburkan tirainya dalam bidang perniaagaan.Pada aku mereka tutup bukan kerana "business matter" semata-mata namun lebih dari itu....ye minat membeli music fizikal sebenarnya dah masuk fasa akhir dan dah disifatkan pupus sama sekali...zaman ni bukan lagi zaman orang mahu menjengah kedai music,zaman ini bukan lagi zaman dimana bentuk fizikal di lestarikan sebagai koleksi.
                                       Mungkin ada yang kurang setuju kan??...anda mungkin kurang setuju kerana anda sendiri duduk didalam circle pembeli tegar,maka anda rasa music fizikal masih relevan...sedangkan populasi korang dan kawan-kawan korang yang membeli tu adalah kurang dari 8% dari penduduk tanah melayu ni dan sebab tu kita tidak sedar.Dan ia terbukti selepas satu persatu record store menyembah bumi..




                                  Agak lewat juga dapat tahu perkabaran tentang jualan clearance sales ni maka jangan haraplah nak dapat album2 dari Metallica ke Megadeth ke...tapi masih ada saki baki juga yang menarik untuk aku rembat...dan antaranya check lah gambar dkat bawah ni





                                    13 keping cd ni aku bayar kurang dari rm150....ini aku pergi dua minggu sudah,menurut kata kawan aku yang pergi minggu lepas pula katanya dah licin dah genre2 rock dan metal ni yang tinggal lagu2 merapu jelah (tak pasti lagu merapu yang dia maksudkan tu apa..)


owhh ya sebelum terlupa nak bagitahu yang aku suka album Search Fenomena yang baru release semalam...tak sabar nak tunggu punya pasal sanggup pi kedai Dream Studio terus hehehe...


6 comments:

  1. Ozzmosis walaupun lembab, tapi has its moments. Sekurannya 3 - 4 lagu yang paling terbaik dalam sejarah Ozzy Solo untuk aku. Aku masih KIV je nak beli versi Russia hanya kerana aku nak Back On Earth kat hujung Ozzmosis.
    Search Fenomena, bila last aku dengar full album ni? 1989? 1990? haha. Tak pernah rasanya aku dengar ni album in full start sampai abis pasal kaset ni ada lagu Search paling buruk untuk aku. Hisapbella. Aku tak suka purely pasal ramai posseur Search fikir Search ada dua je lagu sedap masa konsert - Isabella dan Pawana. So makes me piss off among the audience everytime.
    Anyway, masing2 kan, dan aku harap aku dapat ni album yang so called original dari kaset asli kan. Not the 2003 version or whatever.

    ReplyDelete
  2. Sedih kan satu2 tutup...tapi tu lah golongan pembeli muzik fizikal ni sememangnya hampir nak pupus dah...yang lagi sedihnya...dah lah tak ramai...asyik pulak kena tipu dengan syarikat rakaman/penerbit semula yang nak cepat kaya....haha...malas la nak cerita bab ni...kalau paham tu...paham la...haha..

    Aku tak pernah minat fenomena...dari dulu macam tu...search untuk aku adalah 3 album awal...kalau beli pun yang reissue ni sekadar untuk pelengkap koleksi...made in usa la kononnya kan...opss..haha..


    ReplyDelete
  3. Aku mcm sangsi dgn made in usa nilaa....jadi mcm wings gold nanti.

    ReplyDelete
  4. betul lah pembeli cd ni sudah pupus, kita ingat kita ni masih ramai tapi hakikatnya tinggal2 kita ni saja yang beli cd kaset ni. tak lama lagi mmg pupus lah semua kedai2 cd ni. fenomena tu mengujakan selepas kau ckp sound dia mantap

    ReplyDelete
  5. lepas ni giliran speedy video pulak~

    ReplyDelete
  6. Untung la.. Speedy pun baru start sale.. Diskaun 20-70% tapi speedy kat Penang hampeh, stok Justin Bieber, Lady Gaga etc..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...