bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Wednesday, November 23, 2016

WINGS Menakluk Kosmos..

                         Artikel ni dah pending dua tahun dalam draft..cuma ada penambah baik sikit dari sudut review.Sepatutnya minggu lepas lagi aku post artikel ni tapi sebab taknak ganggu mood SCORPION LIVE korang tu maka minggu ni baru aku publish.Tu pun pikir 2-3 kali juga nak post minggu ni takut bertembung dengan review2 pasal album Metallica pula hahaha...takpelah,disaat korang tengah mabuk dengan album baru Metallica tu harap sudi baca apa yang aku merapu ni ok..


                                 Ramai yang terkejut dengan perkhabaran ni..tanpa ada sebarang petanda tiba2 berita tentang album baru dari lagenda Rock WINGS berlegar di media sosial..menambahkan lagi teka teki apabila nama2 seperti Edrie Hashim,Ito Blues Gang dan Ramli Sarip menurusi laman Twitter dan Fb masing2 menyatakan mereka telah mendengar beberapa track dalam album tersebut dan ianya cukup solid and heavy.
                                 Apa yang aku nak sentuh perihal album ni ada dia punya sudut positif dan  negatif.Dan aku mulakan dengan negatif dulu.Ok,seperti yang kita tahu ini adalah koloberasi pertama diantara WINGS dengan KRU MUSIC,dari apa yang aku tahu KRU MUSIC sememangnya jagoan dalam melahirkan album baik dari segi produk mahupun promosi,ia akan dibuat secara besar2an dan ini standard bagi mana2 company besar bagi dapat pusingan modal dan untung...jika difikir WINGS bertuah dan pasti hasilnya adalah positif jika album baru ini dibawah KRU MUSIC.Namun sebaliknya pula berlaku.
                                 Untuk pengetahuan korang KRU MUSIC telah membayar station radio melayu SINAR,FM sebagai rangkaian rasmi promosi.Sehinggakan untuk dalam masa seminggu SINAR.FM menukar nama mereka kepada WINGS.FM.....ini bermakna jika sebelum ni tagline station mereka berbunyi seperti ini "JANGAN KEMANA-MANA TERUSKAN BERSAMA SINAR.FM" tapi dalam masa seminggu ia bertukar menjadi JANGAN KEMANA-MANA TERUSKAN BERSAMA WINGS.FM"...faham kan??...jadi ini bukan melibatkan kecik anak punya modal dan pastinya amaun besar digunakan dalam rangka promosi.


                                   Tapi sayang seribu kali sayang sedikit pertelagahan berlaku diantara dua pihak mengakibatkan pengedaran terbatas pada waktu tu.Aku dimaklumkan hanya lebih kurang 100-200 keping sahaja yang terlepas kepasaran sebelum pihak pengedar terpaksa memberhentikan edaran ikutan dari pertelagahan tersebut.Aku sendiri terpaksa tawaf satu kedai ke satu kedai untuk mendapatkan edaran terhad tu,dari cheras terus ke ampang,kemudian terus ke pusat bandar last2 dekat kedai speedy video area umah aku juga yang ada baki 2 keping...mereka yang terlambat terpaksa menunggu 2-3 minggu selepas itu baru dapat stock cd.
                                   Disinilah mistake besar telah berlaku menurut perhatian aku,disaat promosi sedang ligat berjalan tapi album tiada dipasaran.Cuba korang fikir SINAR.FM adalah salah satu station radio yang gah dan ramai pendengar,takkan dalam nisbah 10 takde sorang pun yang tertarik nak beli kan?...kalau 5000 pendengar dah berapa pula tapi semua tu tak berguna sebab album tiada dipasaran.

                                Dari sudut positif pula album ni aku anggap dah melepasi garis statik rock kapak melayu,ia bukan tipikal lagi tapi sebuah album yang betul2 boleh kita iktiraf sebagai album.Tahun 2002 WINGS keluar dengan "Naga Kramat" dimana ianya cukup gelap dan raw seolah2 mereka mempersembahkan album solo joe kerana bunyi guitar work joe sahaja yang menari2 disetiap lagu,tetapi beza dengan album ni ianya tampak balance dan terlalu hebat jika hendak diletak sama taraf dengan album2 rock baru mainstream sekarang ni.
                                 lagu-lagunya hebat,boleh dikatakan joe mendominasi pembuatan lagu dan produksi,sepertimana yang kita tahu album2 WINGS sebelum ni ada juga kesan2 air tangan dari Andy Rahman mahupun M.Nasir,tapi kali ni WINGS betul2 punya WINGS dan mereka pukul rata.Kalau 2002 lagu "ranggi metropolis" menghiasi taruhan album tapi kali ni lagu "ingatkan dia" meninggalkan bisa yang lebih tajam,bukan saja taruhan utama album ni tetapi lebih dari itu,menjuarai pilihan2 diradio dan digunakan sebagai soundtrack drama dan sebagainya membuktikan ia betul2 secret bullet WINGS yang benar2 menjadi..

                                Segalanya tampak lengkap,baik dari segi sound mahupun lagu2 yang terkandung,tapi kalau korang yang dah biasa dengan WINGS pasti akan rasa ada sikit ruang kosong dalam produksi kali ni,bukan aku maksudkan album tempang tapi seakan2 ada satu sisi yang kita rasa WINGS tak buat dalam "menakluk kosmos"...mungkin jawapan dia ada pada trivia note dekat bawah ni...


TRIVIA NOTE

  1. Peminat WINGS terpaksa mengambil masa hampir 12 tahun selepas "Naga Kramat" untuk mendengar hasil terbaru WINGS "menakluk kosmos" 
  2. Kembalinya WINGS mengguna nama band mereka sendiri..berbeza dengan "Naga Kramat" band terpaksa meletak nama WINGS & AWIE sebab masing2 terikat dengan kontrak syarikat rakaman yang berbeza waktu tu. 
  3. Langsung tiada hasil air tangan dari M.Nasir dalam album ni,malah dalam credit thanks pun langsung tiada disebut nama M.Nasir...jadi bolehlah WINGS tepuk dada dengan bangga sambil sebut "NO M.NASIR...NO PROBLEM" 
  4. Eddrie Hashim menyumbang 2 lagu sahaja dalam album ni,syukur juga cuma 2 lagu kalau 7-8 lagu takut WINGS jadi Projek Pistol Malam Edan pulak...masak nak menjawab nanti.. 
  5. Album kali ni tiada lagi nama2 seperti J.S Kevin dan Loloq...dan inilah mungkin punca mengapa album ni agak sedikit berlubang kosong..ini kerana 2 nama ni adalah orang2 kuat produksi WINGS sebenarnya terutama Allahyarham J.S Kevin...natijah dari kehilangan 2 insan hebat ni bukan sahaja WINGS yang terkesan malah mana2 band yang pernah mendapat bantuan nasihat produksi dari arwah J.S Kevin turut terkesan....contoh mudah tu XPDC tu..kan jahanam lagu2 baru dia.. 
  6. WINGS dah ada killer song baru "ingatkan dia" sementara SEARCH masih lagi statik dengan pawana rozana isabella... 


Dah beli dah...nak ke kalau diulas??...ke biar ia terus positif dimata korang yang mendambakan ia kembali ke era And Justice For All???kahkahkahkah...






10 comments:

  1. Satu aku tak paham ialah bila GME keluar, zaman Hilary partner Joe Wings ambik tempat Din, aku gi tengok dorang main kat both JB Setelah Banjir dan KL show, cuma satu lagu je dimainkan. Sampai sekarang aku kalau tengok Search aku tak pernah tengok dorang main apa2 lagu selain tu dari album GME.
    Wings pulak , aku tak pergi tengok dorang main kat Melaka yang show Menakluk Kosmos nye album tour, tapi aku gi tengok 30 years yang dorang main 4 jam tu, dan aku happy pasal dorang at least main 2 lagu baru, walau aku nak dorang main lebih lagu baru. Aku tak suka stagnant, macam Search peminat2 biasa cuma fikir dorang ada 2 lagu sedap je - pawana dan Hisapbella.

    Anyway Metallica baru review please. Suka nak tabu pendapat orang lain. Aku baru dapat Rainbow Live 2016 official release hari ni so aku dengar je Rainbow haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Live rasanya hillary lebih banyak sparring dengan edrie hashim bro....tak payah ulas panjang2 pasal search ni..mereka membosankan..mereka bunuh seni mereka sendiri

      Delete
  2. kejap betul dah 2 tahun yer album ni...btw nice review..

    aku tengah cuba hadam hardwired...nanti senang ulas ler...



    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq bro..kejang jari jemari sebab lama sngt tak menaip...Metallica tu dalam proses menghadam lagi..dah khatam nanti kita postmortem ni album ok..

      Delete
  3. lupa sudah aku album ni, aku belum beli rupanya.. metalika tu kasih rebiu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Album bagus dari band yg bagus...wajib beli...metallica tu bagi skit masa aku nak hadam dlu dia pnya isi...then kita postmortem sama2 ok...tq singgah ni blog

      Delete
  4. super album, cuma seperti biasa, packaging (saiz tidak standard) agak sedikit mengecawakan

    ReplyDelete
  5. Pada aku, Death Magnetic lah yang sebenarnye mempamerkan Metallica kembali ke era thrash metal. Hardwired To Self Destruct ni terlampau rojak. Terlampau banyak rujukan dari kill em all sampai lah Load Reload. Tribute to Lemmy tu bunyinya amat corny sekali.

    ReplyDelete
  6. Aku pun pernah cuba nak review album nie tapi bagi aku ini adalah album Wings dengan piano yg sedap2... di intro dan tengah2.. tapi macam xsync dengan Wings.. ia adalah produksi yang hebat dan neat...

    ReplyDelete
  7. pegi youtube, cari profile "Guitarazze" . mamat nih ubah tone guitar hardwired ni jadi tone ...and justice for all. Memang power. Pada aku hardwired nih , album yg mmmm..seimbang la kot. ada 3 je lagu thrash. byk juga perisa Reload dlm ni,itu yg buat aku cemuih skit.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...