Jeff Hanneman menutup usia pada 2013,bagai jatuh ditimpa tangga Slayer terpaksa pula berhadapan dengan masalah birokrasi sesama line up yang sekaligus menyaksikan pengunduran Dave dari kumpulan ini...Slayer menjadi isu worldwide bila rata2 peminat dan pemerhati muzik bertanya-tanya satu soalan iaitu KEMANA LEPAS NI???..akibat ketiadaan Jeff dan diikuti pengunduran Dave pelbagai pendapat dilontar oleh penyokong mereka,ada yang mahu Slayer terus hidup walau realitinya kita tahu mereka akan terpaksa struggle dengan ketiadaan arkitek mereka Jeff dan ada juga yang mahu Slayer turut dikebumikan bersama jasad Jeff.
Aku agak kurang bersetuju jika Slayer ni harus dimatikan,ini kerana mereka adalah branding dan dalam masa yang sama mereka adalah trendsetter bila kita berbicara soal Thrash Metal America ataupun dunia.
- Setelah Venom dan Bathory berjaya mempamerkan imej satanik Slayer pula adalah generasi kedua berjaya membingungkan masayarakat umum dengan term satanik bahkan ia lebih terang-terangan berbanding Venom mahupun Bathory.
- Mereka juga antara pencetus/pemula bagi kumpulan music dunia yang berani mencemuh kerosakan sosial politik barat sehingga ada beberapa album mereka terpaksa disekat pengedaran dan trend ini kemudiannya diikuti oleh Kreator dan lain2 untuk tidak duduk diam keatas kuasa barat.
- Bila kita bercerita tentang American Metal rata2 penggemar muzik aliran berat dunia mengakui Slayer adalah penanda aras untuk term berkenaan.
- Walaupun Metallica jauh mengecap populariti namun jika kalian adalah penggemar Thrash pasti akui bahawa Slayer adalah penghulu subgenre itu di America.Bahkan kesedaran ini juga diakui oleh Metallica sendiri bilamana mereka alhirnya TERPAKSA memanggil Rick Rubin untuk menjadi producer kepada album "Death Magnetic"
Jika hanya kerana ketiadaan Jeff menjadi kayu ukur supaya Slayer wajib berkubur kita kena ingat bahawa Metallica tidak pernah mati perjalan karier mereka bilamana Cliff Burton tiada..begitu juga Napalm Death yang tidak pernah berehat walaupun Jesse Pintado mati.Dan bab Dave pula kita tak boleh jadikan ia isu sebab album comeback dia hanya "World Painted Blood" saja dan sebelum2 tu Slayer ok je walaupun takde dia.
Jika kita amati dalam album ni (itupun kalau korang dah beli) sound dan cara play yang ditunjukkan Slayer adalah perfect walaupun ada beberapa perkara yang nampak seakan-akan terlalu berhati2 terutama bab solo namun satu kredit yang patut diberi kepada mereka kerana ia berjaya melantonkan gambaran Slayer tanpa sedikit cacat mahupun tempang.
Jadi sebagai rumusan adakah tanpa Jeff album ni effect the sound??..absolutely not..ini kerana dari dulu lagi Slayer bergerak as a band bukan individu bertopengkan band.Jika Dave Mustaine dalam Megadeth tu aku tak pasti hahaha..apa yang nyata tanggungjawab yang dipikul oleh araya dan King masih boleh dijunjung walaupun tanpa arkitek besar Slayer itu sendiri iaitu mendiang Jeff Hanneman.



hmmm. pada aku, memang ade jugak perbezaan yg signifikan. Dari segi riffing, memang ade perbezaan ketara antara king dan jeff. So sekarang mmg kene denga king saje la.
ReplyDeleteStruktur semua lagu kali ni lebih straight forward.
Drum pattern pon straight forward, tak tahu lah ape yg menyebabkan King kata yang Repentless ni mcm "Reign In Blood" bagi Paul. hmmmmm.....
Solo Gary Paul terlampau bright dan byk sgt guna pentatonic, dh mcm rakan lama beliau Kirk Hammett pulak kadang2.
But anyway, memang kita beruntung Slayer masih berfungsi as a band dan kita masih dpt mendengar teriakan Tom Araya. Thats what matters. hehe.
Mana2 band pun dekat bumi ni dia akan kata dia mampu capai tahap album baru dia sama level dgn karya masterpiece dorang dulu2...even MEGADETH pn baru2 ni ngaku mampu capai style music 90's dorang walaupun.kita tahu ia mustahil...
DeleteMaksud saya menafikan "effect the sound" tu kerana sebutir2 sound yg kluar masih lg slayer...dan slayer x berubah nak jadi Antrax atau apa..that's it
This comment has been removed by the author.
DeleteSlayer ni memenatkan. Masa Metallica headline Donington 1995 tak silap, cantik je dorang sebagai headliner letak Theraphy? 2nd from top dan Slayer 3rd from top. Ada gap. Rumours tu jam Metallica takut fans semua penat dan lethih nak layan Metallica terus. Dorang jugak pendirian kuat, bila sapa tu producer dorang aku dah lupa produce Sepultura, terus Slayer drop producer tu pasal dia dah kira bekerjasama ngan competitor gitu. Tapi aku cuma nak cakap Gary Holt masuk, Slayer ada more movemement on stage haha.
ReplyDeletealbum world paint, christ illussion, ghua, diabolus, semua album tu ada jeff..tp knapa gagal memberikan impak mcm album era 80'an hingga album divine...bagi aku selagi ada araya dan king, slayer tetap slayer...rasanya drummer lombardo dan bostaph masing2 sama hebatnya dn memainkan peranan penting utk slayer...cuma ramai peminat slayer masi lg stuck dn xnk bergerak dgn reign in blood yg terlalu sempurna...rasanya slayer pun x boleh nk tewaskan album ni dgn album baru mereka..
ReplyDelete