bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Tuesday, April 29, 2014

Judas Priest "Nostradamus"

                       Punyalah lama tak update sampai password blog sendiri pun dah ingat2 lupa...memang aku menjangkakan tahun 2014 ni MUNGKIN adalah tahun2 terakhir aku menulis blog...apapun sementara mood tengah cantik ni ayuh kita jalan terus..


                      Sebelum aku melalut lebih panjang apakata aku imbas sedikit apa pandangan aku mengenai Judas Priest ini secara peribadi...Jujur aku katakan bahawa Judas Priest bukanlah band yang mendapat perhatian aku selama ni.Pernah juga beberapa kenalan cuba untuk menyogok supaya aku meminati karya2 dari band lagenda ini namun pada aku sendiri sekadar masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan.
                      Kurangnya minat aku pada Judas Priest bukanlah kerana music mereka tidak berkualiti atau apa cuma barangkali telinga ni sedari kecil telah diasah untuk menghadam karya2 Black Sabbath mahupun Iron Maiden sehingga Judas Priest aku terlepas pandang.Tidak aku nafikan bahawa mereka juga adalah salah satu nama terpenting selepas Black Sabbath dalam pembentukan genre Heavy Metal yang ada pada masa sekarang.Dan aku juga akui bahawa album "painkiller" adalah karya berat paling signifikan dalam sejarah heavy Metal yang komersil bahkan ia lebih tinggi prestijnya berbanding "Black Album" yang dicipta Metallica.


                         Album 2 disc yang aku beli dengan harga runtuh rm20 ringgit ni membuatkan aku termenung seketika tatkala aku memainkannya dirumah....ye aku termenung sebab masih bingung apakah benar ini adalah karya Judas Priest hasilkan.Cuba anda bayangkan band yang pada awal penubuhannya terkenal dengan imej bikers kemudian memperagakan pula gaya penampilan leather dan juga kaya dengan ideologi "metal totok" tiba2 membuat pusingan 360' darjah melalui album ini dan pada pendapat aku ia sebuah PERCUBAAN yang cukup menjadi.
                         Mereka mempergunapakai sejarah hidup lagenda tukang telek dari France iaitu Michel de Nostredame (Nostradamus) sebagai modal untuk menjadikan album ini sebuah album konsep (concept album) pertama dalam katalog mereka.Aku tidak hairan andaikata terma2 sebegini telahpun dikuasai oleh mendiang Ronnie James Dio kerana kita sendiri sedia maklum bahawa mendiang sememangnya adalah specialist didalam penulisan2 berbentuk mitos (myth) namun bagi band seperti Judas Priest pastinya ia boleh diibaratkan mereka berjaya membuka satu kawasan baru dalam penghasilan karya2 mereka.
                         Apa yang mereka lakukan melalui album ini bukanlah satu benda yang cukup sempurna namun setidak2nya keberanian untuk meneroka dan mencuba itu yang menyebabkan album ini harus diberi merit yang tinggi.Sekaligus boleh menelanjangkan pemahaman2 yang beranggapan bahawa "kreativiti hebat seorang pemuzik hanya mampu dijana pada usia muda mereka".....sekarang Judas Priest telahpun membuktikan bahawa jika anda betul2 paham apa itu seni pastinya tidak kira dimana usia anda sekalipun ia mampu dizahir secara luar biasa.


                        Direksi music mereka masih kekal seperti apa yang kita kenal tentang Judas Priest cuma ada beberapa bahagian diubah mengikut kesesuaian.Pada beberapa lagu yang mana mood nya berbentuk agak sedikit depressif maka Judas Priest cuba bermain riffing yang sedikit doom dan ia sekaligus memberitahu kita sapa dia Black Sabbath dihati pemuzik2 veteran Judas Priest ini (itupun kalau korang peka lah).Mempunyai 14 buah lagu dimana keunikannya ialah pada setiap 1 atau 3 lagu ia pasti dimulakan dengan sesuatu intro.Ada diantara intro nya berbunyi akustic dan ada juga yang berbunyi orchestra yang mengikut kesesuaian satu2 lagu...dan setiap intro itu juga diberi title. 
                        Pada peringkat umur seperti aku,menghadam sesuatu album dengan bersungguh2 adalah sesuatu yang mustahil,jika dizaman sekolah dulu mungkin ye aku mampu untuk cuba menghafal atau cuba mentelaah dengan detail satu2 album yang aku minat.Tapi bila dah masuk kategori umur "remaja purba" ni tanggungjawab dan beban semua dok bermain dekat otak maka mendengar lagu hanya sekadar mendengar bukan cuba untuk meneliti secara terperinci.
                       Namun tidak pada album yang satu ni..aku kembali membelek2 inlay untuk membaca lirik dan memahami artistik lukisan pada album ni,satu perkara yang dah lama aku tinggalkan...terasa muda balik dimana zaman terlalu seronok meneliti cover kaset yang dibeli hasil tabungan duit belanja sekolah.Mungkin pada anda album ini bukanlah sesuatu yang begitu menarik namun pada aku pula ia berlainan.Setiap track lagu menyebabkan aku berasa begitu teruja untuk mendengar lagu seterusnya kerana ia bagaikan menatap satu cerpen yang dizahirkan melalui aliran Heavy Metal... 



Nota: Aku adalah antara ratusan mangsa yang hampa akan kegagalan untuk melihat Kreator beraksi pada rabu lepas....nak ke kalau aku tulis pasal luahan hati aku pada pembatalan show tu???

5 comments:

  1. entri terakhir anda 16/2/14... hiatus tak sampai 3 bulan, masih belum tersasar jauh tu bro

    ReplyDelete
  2. semangat menulis blog ni memang ada pasang surut....mungkin pasal aku ada banyak masa free untuk mengadap PC...makanya malas2 pun aku update juga walaupun takat letak gambar....

    btw...aku adalah generasi yang membesar dengan muzik JP...mereka sememangnya band yang sentiasa mengikut peredaran zaman tanpa menghilangkan identiti heavy metal mereka...

    ReplyDelete
  3. Judas Priest ada era yang aku minat sangat...Paling aku suka ialah Defenders Of The Faith yang maka sendirinya feberet live album aku dari dorang ialah ...Live 1987 tu.

    Ni album ni cam siot je, tak paham aku, dan Priest pun tahu ni album disaster, semua plan dorang untuk tour the world main album ni terus semua tak jadi....main best of je la.. haha.

    tulis beb, tulis...luahkan perasaannn

    ReplyDelete
  4. d' arsil > siappp

    ijau > belum jauh lagi...tapi lepas ni tak tahulah berapa gap pula masa dia haha

    berteromber > saya pun sebenarnya rajin mengadap pc tapi malas tu dah menguasai jiwa raga apa nak buat...Judas Priest ni kira samseng lah imej dia banding band2 seangkatan...dan tempo pun agak laju juga kiranya pada zaman2 tu

    Deaf > pandangan masing2...aku anggap album ni cukup lazat..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...