bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Saturday, March 16, 2013

METAL HAMMER special IRON MAIDEN

                 Lama tak beli majalah music omputih yang mahal2 ni...niat sebenar aku nak cari mag 'Terrorizer' yang mana dalam issue bulan ni adalah Darkthrone dalam rangka promosi album terbaru mereka tapi nyata kecewa bila naskah tu masih tiada dijual dekat kedai yang biasa aku dapatkan majalah2 music oversea ni..masa dah nak melangkah keluar terpandang pula mag 'Metal Hammer' yang mana bulan ni ada special issue perihal band Rock papan atas dunia iaitu IRON MAIDEN...tak sempat baca pun lagi so aku ganti beberapa gambar yang ada jelah dulu sebagai tatapan korang semua ok...


                 Orite..ni lah dia special issue untuk Metal Hammer bulan ni...pada sesiapa yang biasa beli Metal Hammer pasti tahu majalah ni disisip rapi dengan pembungkusan khas yang dah jadi trademark majalah Metal Hammer kan??..namun untuk keluaran kali ni mereka tidak memasukkan naskah majalah didalam bungkusan tetapi dimasukkan kedalam sebuah envelope keras yang cantik artwork nya iaitu Eddie tengah menunggang kuda...menariknya lagi envelope berkenaan di embossed sebanyak tiga lubang (1 lubang dibahagian atas belah kiri dan 2 lagi dibahagian bawah kiri dan kanan)...maka menerusi lubang embossed tu terteralah muka2 Eddie yang sebenarnya wajah tu adalah front cover majalah yang ada di dalam sampul..


                  Jadi ni lah dia majalah sebenar dan juga envelope untuk keluaran khas kali ni...nampak tak tiga lubang pada envelope berkenaan??..itulah dia yang aku maksudkan dengan embossed tadi tu..bila dimasukkan majalah kedalam keluarlah muka eddie yang terpampang pada muka depan kulit majalah tu..




                    Ni jelah yang sempat aku snap sikit2 buat tatapan kengkawan (aku tahu ramai kawan2 blog aku ni yang die hard dengan jenama IRON MAIDEN)....harga dia masih sama iaitu rm28..aku syorkan pada mereka2 (especially Maiden Collector) agar dapatkan melalui kedai (by hand ) bukan melalui pos untuk mengelakkan envelope dia rosak semasa dalam proses penghantaran..kang bila dah rosak tak syoklah korang nak buat collection item kan??...

8 comments:

  1. Menarik...ni kalau tersinggah kedai buku memang terbeli ni....

    ReplyDelete
  2. Majalah british raikan band british main festival rock terhebat british

    ReplyDelete
  3. ...last week g Popular Book..gua angkat letak angkat letak ini mag nak beli tak beli nak beli tak beli..finally just back off...hehehhehe...

    ReplyDelete
  4. eh..dah keluar dah mag ni?2 hari lepas aku usya kat klcc lum kuar lagi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...