Tahun 2007 dulu ramai yang terkejut beruk bila Led Zepp mengumumkan akan mengadakan satu persembahan khas (one night show) bagi memberi penghormatan kepada pengasas 'Atlantic Record' iaitu Ahmet Ertegun dan sekaligus untuk peminat2 dorang yang memang dah lama gian nak tengok mereka beraksi...harus diingat bahawa show ini adalah moment penting bagi penggemar Led Zepp khususnya dan bagi peminat Rock n Roll umumnya kerana ia adalah persembahan reunion dari sebuah kuartet pemuzik rock lagenda yang telah lama tidak beraksi iaitu hampir 27 tahun...
sedikit trivia :
Masa tahun 2007,Led Zeppelin telah mengeluarkan satu flyer perihal konsert reunion ini dimana flyer berkenaan cukup cantik atonasi warnanya yang berwarna warni,dan dalam tahun yang sama (kalau tak silap) Sweet Charity juga turut melakukan persembahan reunion sempena "father's day" dan Sweet Charity juga menggunakan atonasi warna yang sama dengan flyer Led Zepp didalam flyer mereka...aku tiada masalah tentang isu kesamaan flyer ni kerana mungkin Sweet Charity juga adalah penggemar tegar Led Zepp dan kita juga harus tahu bahawa kedua2 buah band ni mempunyai sorotan cerita yang hampir sama iaitu masing2 adalah pencetus revolusi..jika dibarat Led Zepp adalah "god " dalam kecambahan dunia Rock namun di sebelah benua sini Sweet Charity adalah antara virus terawal mengajak anak2 melayu menyusur jalur music berat tu...ironik bukan??
O2 Arena London menjadi saksi bahawa band ini masih kuat pengaruhnya walaupun hampir 27 tahun mereka tidak bermain pentas diatas nama Led Zeppelin..dan ia diabadikan didalan sebuah album khas yang dipanggil "celebration day"..terdapat 4 jenis boxset yang dikeluarkan oleh Warner Music dan aku punya ni pula adalah versi 2 cd audio live dan 2 dvd...juga turut dikeluarkan daam bentuk vinyl (piring hitam).
Ada dua dvd yang mana dvd pertama adalah rakaman live mereka didokumentasikan...sebuah show dan performance yang aku anggap berstatus lima bintang..dengarkan saja suara Robert Plant yang mana setelah berusia ni agak serak2 basah dan secara automatic tone suaranya memberatkan (heavy) lagu yang ada,Jimmy Page masih lagi mampu menyerang walaupun rambut yang dulu hitam tapi sekarang dah macam nenek kebayan hahaha...John Paul Jones juga adalah karektor penting,lihat bagaimana ia mengendalikan bass dan dalam masa yang sama adalah keyboardist bagi sesetengah lagu..kagum juga aku tengok dia ni..dan tempat mendiang John Bonham digantikan dengan anaknya sendiri iaitu Jason Bonham..permainan Jason pada pendapat aku adalah "biasa-biasa" je dan mustahil mampu menyamai reputasi mendiang ayahnya....kalau dulu ayah dia sampai pecah drum set dikerjakan..
poster tu adalah free gift dari mag metal hammer..
Aku beri jaminan kepuasan jika korang beli boxset ni itupun kalau korang minatlah pada style yang macam ni.Minggu ni dvd live mahupun cd audio album ni menjadi playlist harian aku...
track:
- Good Times Bad Times
- Ramble On
- Black Dog
- In My Time Of Dying
- For Your Life
- Trampled under Foot
- Nobody's Fault But Mine
- No Quarter
- Since I've Been Loving You
- Dazed And Confused
- Stairway To Heaven
- The Song Remain The Same
- Misty Mountain Hop
- Kashmir
- Whole Lotta Love
- Rock N Roll



aku takde ni Led Zep Celebration Day tapi apa aku tengok dan dengar, memang hebat.
ReplyDeleteJason Bonham tu apa kat kepala hotak dia pun aku tak tahu masa main tu, walau dia dah main ngan Led Zep masa dia budak kecik.
macam mna hebat pun sorang drummer muda tu dia xkan mampu saing feel drummer2 lama..sebab zaman adalah masing2
DeleteBerapa kali dah belek2 kat speedy...tapi ntah kenapa tak beli2 jugak...mungkin aku bukan die hard led zep...
ReplyDeletexpelah..beli yg lebih diminatkan
Delete