Sebenarnya aku nak review album Search iaitu "Gothic Malam Edan" sahaja tapi bila difikir balik ada eloknya aku imbaskan sedikit perjalan kumpulan lagenda ni semenjak dari era reunion mereka di tahun 2004 dulu...aku mungkin tidak layak untuk bercerita dari awal sejarah penubuhan kumpulan ni memandangkan usia pun baru setahun jagung,namun tatkala mereka mula bersatu pada tahun 2003/2004 aku sudah cukup matang dalam penerimaan sesuatu hasil music termasuklah sesuatu yang digelar Rock N Roll...jadi segala bahan bacaan yang bakal kalian semua baca ni 100% adalah dari kacamata aku sendiri yang mengikuti perjalanan kumpulan ni semenjak mereka bergabung dan tiada istilah cut & paste dari internet atau segala macam....so sementara korang rileks2 dekat kampung sempena musim cuti panjang ni harap korang enjoy dengan posting kali ni.......tu dia..poyo punya mukadimah kihkihkih!!!!
Tahun 2004 secara rasminya kumpulan lagenda ni bersatu..dizahirkan melalui sebuah konsert yang digelar "konsert evolusi Search"(klik SINI untuk baca) dimana turut mengundang Achmad Albar dari lagenda Rock Indonesia iaitu kumpulan God Bless untuk beraksi.Konsert ini mendapat sambutan cukup hebat..dimaklumkan juga tatkala itu barisan artis2 tanahair juga ramai yang datang untuk menyaksikan lagenda ni beraksi...beritahu aku kumpulan mana dalam Malaysia ni yang mampu menarik minat artis lain datang ke konsert mereka selain dari Search??...
Kesinambungan dari reunion ini Search sudah mula mengumumkan bahawa mereka bakal tampil dengan sebuah album baru yang diberi nama "Empire Garden".Namun album Empire Garden yang dijadualkan bakal menemui fan pada tahun 2006 tidak juga muncul.Album yang sepatutnya diterbitkan oleh M.Nasir ni masih tiada status rasmi,hanya Search sahaja ketika itu yang kerap menyatakan bahawa album tu dah hampir siap.
OK,kita letak tepi dulu pasal album "Empire Garden" ni...kita buka pula cerita pasal Seacrh yang dikecam teruk kerana ada beberapa live dorang ketika itu dikatakan agak "gagal" dari segi performance ...aku tidak pasti "gagal" itu dari segi apa dan puncanya tapi terbukti perkara tu sedikit sebanyak memberi impak kepada kumpulan ini.Paling tidak boleh dilupakan apabila Search menarik diri dalam konsert anniversary mereka dan tempat Search digantikan pula oleh kumpulan SLANK yang menjadi headliner untuk konsert berkenaan...masih ingat kejadian ni??...
Masih lagi aku ingat dimana ada sebuah rancangan debat dalam sebuah station tv berbayar dimana pada malam itu Amy berdebat dengan Tang (Clockwork Record) dan isu dalam perdebatan itu adalah mengenai isu artis seberang....pada permulaan debat Amy banyak bercerita bagaimana Search telah menawan indonesia pada akhir 80'an dahulu dan macam2 lagi yang Amy cerita dan kemudian Tang (organizer yang membuat konsert Dewa19) menyoal Amy hanya dengan satu soalan sahaja yang berbunyi lebih kurang begini "kalau you guy's betul2 senior kenapa lately ni show you all semua hancur??" dan dengan soalan itu sahaja Amy terus terdiam dan tidak mampu menjawab.....barangkali brother Amy lupa bahawa Search masuk ke Indonesia tatkala itu informasi music disana sememangnya serba serbi kurang,namun jika Search masih berfikir bahawa mereka adalah MONSTER pada pendapat aku itu sudah SILAP...kerana diwaktu ini negara Indonesia memiliki barisan nama2 yang jauh prestasinya banding dengan apa yang kita ada...mereka sudah ada EDANE yang bikin soundtrack untuk movie SPIDERMAN,mereka sudah punyai IWAN FALS yang mana majalah "The Times" meletakkan beliau sebagai "Hero Asia",mereka sudah punya SLANK yang dah bikin tour seluruh America dan Eropah,mereka sudah punya Ahmad Dhani yang mengepalai Dewa19 yang dah banyak kali menang dalam festival jazz diluar negara.....so????
Album "Empayar Garden" masih lagi belum dikeluarkan...tak tahu apa puncanya..ada pihak yang menuding jari menyalahkan M.Nasir kerana ketika itu M.Nasir terlalu sibuk dengan artis2 realiti tv..ada juga pihak yang menyalahkan Kid dan juga Din kononnya masalah disiplin mereka berdua menyebabkan kelewatan album ni disiapkan...aku sendiri pun tak pasti...apa yang pasti hanya Search saja yang tahu apa masalah mereka.
Dipendekkan cerita pada suatu show untuk sambutan malam tahun baru (tak ingat tahun apa!!) Amy turut menyerikan show berkenaan,dalam show itu juga Hillary Ang adalah guitarist yang bermain untuk keseluruhan show itu...maka secara nostalgiknya Amy dan Hillary dipertemukan disatu pentas dan membawa lagu2 Search yang evergreen...ketika Amy membawa lagu "pawana" pada malam itu aku nampak betapa enjoy nya Amy dan Hillary memainkan lagu tu bersama dan pada masa tu aku dah terdetik dalam hati yang tak mustahil Hillary akan dipanggil masuk semula kedalam Search.
BOOMMMMMM....selang seminggu terpampang dalam majalah dan akhbar dimana Search mengumumkan bahawa Hillary sudah kembali kepangkuan Search dan beliau (Hillary) sudah bersedia untuk membantu Search bagi mereleasekan album baru.....persoalan kemana Din dan Kid??...
Aku tidak pasti samada pasangan Rock N Roll Adik beradik ni dipecat atau mereka sendiri yang keluar dari band lagenda itu...apa yang pasti mereka berdua masih lagi rebel dengan music Rock dan sempat bermain dalam one off gig yang mana gig berkenaan dipanggil "guitarist stories" dimana Kid dan Din adalah headline pada gig berkenaan dimana turut menampilkan kumpulan Rock 90'an iaitu BABYLON sebagai opening!!!...
Dengan kemasukan Hillary dan hasil bantuan Edrie Hashim maka terlahirlah sebuah manifesto terbaru dari Search yang dipanggil "Gothik Malam Edan".Album ni menyaksikan Search sudah mula bermain dengan unsur2 modern dan mereka meneroka segala macam bunyian digital,hasil album ni menurut aku memuaskan,apatah lagi bagi sebuah band yang seperti Search mereka memang harus meneroka segala bentuk teknologi yang mana band2 lain belum termimpi untuk melakukannya....tertanya juga dimana album "Empire Garden"??..apakah lagu2 dalam "Gothik Malam Edan" ini adalah lagu2 yang sama dalam album "Empire Garden"??...Search memberitahu bahawa "Empire Garden" telah menjadi "Lost Album" dan hanya 2-3 lagu sahaja dalam "Empire Garden" dibawa masuk kedalam "Gothik Malam Edan".
Album ni menyebabkan fans kumpulan Search terbahagi dua..ada yang memahami tujuan album ni dilahirkan dan ada yang mengecam teruk akan kemampuan album ni....hinggakan penerbit album ni iaitu Edrie Hashim dipersalahkan dalam isu berkenaan.Pada aku album ni bukanlah seteruk mana,kerana macam yang aku cakapkan tadi yang kumpulan seperti Search memang wajib untuk move on tanpa ada sekatan,sebab mereka adalah icon jadi mereka harus jadi yang PERTAMA dalam meneroka apa juga subjek dalam term Rock N Roll..
Secara peribadi album ni adalah antara album yang terbaik pernah Search bikin,cuma kekurangan untuk album ni hanya satu iaitu kurangnya lagu2 yang berunsur "liar dan buas"..dalam segala aspek trend mahupun apa sahaja Search perlu juga tahu bahawa mereka perlu ada lagu2 yang berstatus KILLER seperti lagu 'kereta merah','Emanuelle' mahupun 'diari habil & qabil'.....




Search with Lola reunion was amazing at larkin stadium. Roboh, patah, runtuh pagar semua fans dari belakang asak depan.
ReplyDeleteAnyway, search 25yrs anniversary tu, aku dah ada tiket dua2 shows kl, jb. Antara kenangan manis la kena bubble. Banyak duit dah kena tipu ngan search konsert tak jadi, belum singapore nye show pun..
Nanti la aku caeik aku ada tiket2 tu semua lagi tak.
GME still the best rock album.. I like it very much..ramai yg tak leh terima maybe psl x de 2 beradik tu..tp yg menariknye walaupon yin n yang tu singles pertama tp dorang tak pernah performed live lgu tu haha
ReplyDeleteAku tak minat GME...bukan pasal takder adik beradik tu..aku tak minat Kid pun...tapi pasal hala tuju baru muzik mereka...mungkin ianya bukan selera aku...
ReplyDelete