bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)
BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!
Saturday, December 1, 2012
Malaysian War Tour Kecundang!!!
Tiada perkara paling hangat minggu ini selain dari isu kegagalan DARK FUNERAL (DF) yang sepatutnya melangsungkan siri jelajah pertama mereka di Malaysia yang digelar "Malaysian War Tour 2012".Seperti yang kita tahu kegagalan tour ini bukanlah datang dari pihak DF tetapi datang dari penganjur (organizer) iaitu Vokill Records .Penampakan kegagalan bermula apabila tarikh DF beraksi di Sabah pada 27/11/12 yang lalu berkesudahan dengan PEMBATALAN,ia dikesali oleh sahabat2 di Sabah kerana DF telahpun tiba di Kota Kinabalu dan bermula dengan itulah maka siri tembak menembak terhadap Vokill berlangsung,label tersebut dikecam dan dicemuh...dan menurut aku perbuatan itu adalah wajar kerana natijah dari perbuatan Vokill itu menyusahkan bukan sahaja pada DF tetapi lebih sadis kepada sahabat2 di Sabah yang tak pasal2 kena tanggung semua kemudahan DF seperti hotel dan makan minum.
Rasanya aku tak perlu nak ulas secara detail perihal isu ini kerana aku yakin jika anda adalah sebahagian dari komuniti pergerakan u/g pasti korang tahu akan selanjutnya tentang perkara2 yang berlaku.Diimbas kembali kali pertama aku bertandang ke gig anjuran Vokill adalah pada tahun 2010 iaitu ketika menyaksikan lagenda extreme metal negara iaitu BLACKFIRE beraksi,dan pada zahirnya tampak ia begitu biasa dan tiada cacat celanya cuma pada awal tahun ini apabila Vokill membawa masuk IMPETY (klik sini untuk baca) ke Kuala Lumpur.Bermula dari pertukaran venue sehinggalah kepada penipuan terhadap band yang bakal beraksi menjadi opening act untuk IMPIETY pada hari itu.Dan dari situlah aku dapat ukur cara kerja label banggang ni.
Berbalik pada "Malaysian War Tour" aku dan beberapa rakan lain telahpun membeli tiket pre-sale 2 minggu sebelum tarikh show berkenaan (show tersebut patut berlangsung di KL pada hari ni 1/12/12) dan setelah mengetahui akan kegagalan show ni maka aku memberitahu akan sahabat aku Arif...kami saling bersimpati,beliau bersimpati dengan kami kerana duit lesap begitu sahaja dan aku pula simpati pada beliau kerana sanggup ikat perut demi untuk mendapatkan dana menyaksikan DF di depan mata.Sejuta ucapan terima kasih aku tujukan buat Arif kerana beliau antara rakan yang paling lantang menyerang wall di facebook rasmi Vokill,beliau mengugut dan menyindir keras akan tindakan Vokill sehingga ada beberapa komen beliau dipadam oleh admin di page berkenaan.
Petang tadi aku dimaklumkan dari seorang rakan bahawa duit kami masih ada lagi ditangan agent dan syukur agent berkenaan belum menyerahkan duit tiket kami kepada Vokill.....arghhh lega rasa hati..dan pasti isu ni menjadi pengajaran bukan sahaja buat aku tetapi ramai pihak,bukan kami tidak mahu menyokong perniagaan anak bangsa namun hakikatnya dah pun berlaku depan mata sekarang ni diatas nama KEPERCAYAAN...dan pada peminat DF di lembah klang esok (2/12/12) DF akan turun ke campbell complex di jalan Dang Wangi bagi sesi meet & Greet dan disana peminat2 DF bolehlah datang untuk ambil gambar ke atau sesi tandatangan album sebelum mereka terbang semula ke Sweden pada sebelah petangnya nanti.......namun pada aku sesi meet & greet tu tidak mendatangkan sebarang makna buat ribuan penyokong yang dah runtuh semangatnya!!!!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

Aku tak boleh imejin perasan peminat2 terutama yang kat Borneo Sabah Sarawak, betapa susah dorang nak travel gi bandar, nak buat persiapan untuk tengok ni show dan sacrifices wang dan masa dorang. Dan diakhiri ngan cam gini. Kalo aku yang kena...tak tahu cammana.
ReplyDeletesetuju bro..dan kami di semenanjung juga turut simpati pada nasib kawan2 disana
Deleteada member aku sanggup drive dari bintulu ke KK (drive trans-borneo) semata2 nak tgk DF
ReplyDeletekesian dengar pasal mereka....keringat,masa dan tenaga smua habis...saya simpati
Deletekesian bila ini berlaku di negara kita... Indonesia dah boleh organiser Hammersonic... kita paling besar pun Metalcamp....
ReplyDeletesebenarnya kita mampu organize show lebih besar dari hammersonic sbb aku yakin kekuatan yg ada pd komuniti u/g cuma sekatan dari pihak2 berwajib yg dah stuck kan kerja mereka....dan aku yakin juga bukan smua organizer perangai mcm vokimak ni!!!
Deletetudiaa....18sx..hehehe
DeleteVokill ni kuat kencing, rip off tak nak kalah..
ReplyDelete