bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Wednesday, September 5, 2012

Air Loncan


                 Salam Syawal (belum terlambat lagi kan??)...orite aku nak sembang benda simple2 jelah buat masa ni almaklumlah mood open house ni boleh bikin jadi malas dan lembab sebab sindrom 'kenyang tak sudah' menguasai diri hahaha.
                 Ok masa cuti raya seminggu hari tu maka aktiviti pulang ke kampung halaman pun berlangsung..yang Rock ke yang tak Rock ke semua melakukan perkara yang sama atas nama ziarah sanak saudara sempena hari baik bulan baik ni.Aku balik ke Rembau,kalau diikutkan tak balik pun takpe sebab dah tiada sesiapa kat sana tapi ayah aku ajak juga untuk ziarah saki baki kaum kerabat kami.
                 Pendek kan cerita semasa nak balik ke KL ayah aku mintak aku singgah dulu ke Chengkau kata dia nak beli air 'loncan'...air loncan ni memang legend kalau dulu masa aku kecik2 bila balik beraya kat kampung arwah nenek aku akan hidangkan air 'loncan' ni,bukan takat nenek aku tapi boleh kata semua rumah yang aku pergi beraya zaman tu dok hidang air ni juga...cuma sekarang ni nama2 yang superb macam jenama Coke dan Pepsi dah jadi dominan maka trend pun berubah lah.
                Air ni duduk dalam kategori air karbonat juga tapi rasa gas dia kurang (macam takde gas) jadi hanya ada rasa manis je...aku tanya juga ayah aku mana dapat nama "loncan" tu dan ayah aku cakap nama 'loncan' tu adalah nama company air ni hahahaha...itu di Negeri Sembilan kampung aku macam di Johor kawan aku Idham kata area Batu Pahat dorang panggil air ni "oren bodoh" tak kira lah perisa oren ataupun perasa soda tetap panggil "oren bodoh' hahahahaha...

5 comments:

  1. Replies
    1. siap promote nampak....hahhahaha

      Delete
    2. Ijau> kira adik beradik air tu juga lah hahaha

      Faizal> takpe promote,kawan2 juga hehe

      Delete
  2. memang nostalgik air botol ni bro! kek tompek den ( bahau ) panggil air ni ' air lamnet '. iyo, air lamnet. nama asal air tu adalah 'lemon net', payah nak sebut, jadi la 'lamnet '. harharhar!

    ReplyDelete
  3. hahaha... rasanya setiap daerah or pekan kat malaysia ni ada signature air botol sendiri... kat tempat aku pun ada. OREN Kajang namo eh... perghh... memang teringat zaman raya kecik² dulu...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...