Slash,nama yang cukup akronim bila bersembang perihal music Hard Rock apatah lagi bayangan Gun & Roses yang sentiasa menghantui karier beliau walaupun Slash telahpun bercerai dengan band lagenda tu lebih dari 15 tahun.Secara jujur Slash bukanlah guitarist yang jadi favorite aku bahkan kalau kita rajin selak majalah music nama Slash tak tersenarai pun dalam kategori guitarist yang hebat kalau ada sekalipun pasti dalam ranking yang bawah2 je.Hebatnya Slash ni hanya dalam pembentukan karya2 semasa dalam Gun & Roses tapi dalam mana2 band yang lain rasanya kureenngg sikit.Namun dalam dunia Rock N Roll global nama Slash jauh meninggalkan guitarist2 yang lain dan faktor ni aku rasa kerana Slash punya hubungan yang cukup baik dengan beberapa nama besar dalam dunia Rock sepeti Ozzy (Black Sabbath) mahupun Lemmy (Motorhead) dan ramai lagi.
Album ni keluar selepas projek mega beliau bersama Velvet Revolver dah berkubur.Album yang menghimpunkan seleksi nama2 besar dalam dunia hiburan melengkapkan lagi album ni dan aku rasa Slash dah letih nak main dalam band jadi dia pun pakai teori Carlos Santana jelah iaitu panggil ramai2 artis gangbang dalam satu album.
Ia bukanlah sebuah album yang terbaik tapi aku menjangkakan album ni secara jelas/terang lagi bersuluh adalah sebuah album yang mana Slash bikin untuk menjawab pada hasil SAMPAH dari album reunion Gun & Roses iaitu "Chinese Democracy" dan pastinya Axl adalah individu yang paling terasa ancaman dari album ni (jarak release "Chinese Democracy" dengan album ni tak jauh) bahkan selepas dari ni Axl adalah individu yang pasti dituding oleh sebilangan besar peminat Gun & Roses kerana GAGAL mempertahankan kehebatan kumpulan itu.
Nama2 yang terlibat dalam album ni antaranya ialah Lemmy (Motorhead),Ozzy (Black Sabbath),Dave Grohl (Foo Fighter/Ex-Nirvana),Alice Cooper,Kid Rock dan banyak lagi.Selepas dari album ni penyanyi Myles Kennedy (Alter Bridge/new vocalist for Led Zeppelin) yang menjadi penyanyi untuk semua lagu semasa show Slash...untuk pengetahuan korang Myles Kennedy bukan sahaja seorang Vocalist Rock Modern yang bagus tetapi skill permainan guitarnya juga jauh lebih bagus dari Slash hahahaha....
Terasa kagum juga bila melihat band ni masih lagi wujud dan mampu bertahan,dari sebuah band yang under dog dan sekarang dengan megah mempunyai jutaan peminat bahkan duduk sepentas bersama SLAYER misalnya bukanlah sesuatu perkara yang asing bagi Children Of Bodom (COF).Aku tidak mengikuti perkembangan COF secara detail selama ni bahkan album terakhir yang aku beli pun adalah pada tahun 2002 dulu (album "Hate Crew Deathroll") dan selepas dari tu memang tak follow up langsung,mungkin kerana dah tiada apa lagi yang aku nak teroka dalam music mereka.Album ni (Skeletons In The Closet) adalah sebuah cover album dimana COF membawakan semula lagu2 saduran yang pernah mereka rakamkan didalam studio album mereka sebelum ini.Aku anggap pembikinan album sebegini adalah cara "don't work hard but work smart" iaitu cara mudah nak bikin duit melalui cover lagu orang kemudian sumbat dalam album sendiri hahahahaha.
Dah banyak sebenarnya band2 yang buat rilisan sebegini.Tapi andaikata korang memang suka dengan rilisan yang berbentuk sebegini aku sarankan korang cari album HAMMERFALL (Masterpiece) yang mana HAMMERFALL merakam semula beberapa lagu dari band2 lagenda yang jarang di-cover oleh band sekarang seperti LOUDNESS,RISING FORCE,RIOT dan macam2 lagi.
Album ni memuatkan beberapa lagu dari nama2 besar seperti Aces High (Iron Maiden),Silent Scream (Slayer),Somebody Put Something In My Drink (Ramones) dan juga Ooops..i did again (Britney Spears).....Britney Spears??...wtf??....
NOTA : kedua2 album ni aku tak minat..tapi kenapa aku beli??...sebab speedy video ada buat sale untuk kedua2 album ni dengan harga rm10 je setiap satu...katakan tiada sale jangan harap aku nak beli album2 ni hahahahaha....


sekali lg telah di"jeles"kan dgn album "jerangkung dlm almari" COB tu
ReplyDeletesblm ni di"jeles"kan oleh berteromber
try lah cari dkat speedy video bro..mana tahu ada lagi
DeleteI beg to differ...aku tak rasa chinese democracy sampah...aku rasa ianya lebih baik dari album slash ni....cuma ianya bukan guns n roses lagi...guns n roses tak akan sama tanpa izzy....
ReplyDeleteTapi aku setuju ko cakap pasal slash tu....dia ni memang tak kemana tanpa guns n roses....
Btw...aku pun beli kedua2 cd ni pasal murah...heheh...
pendapat saya pulak chinese democracy tu semak,GnR badn hard rock dan bnda tu dah pupus melalui album tu
Deleteselamat menyambut lebaran bersam slash n cof hehe
ReplyDeletenak nyelit skit yaa... hang try buka slash punya wikipedia .. baru hang tau terer x terer mamat tue..
ReplyDeleteblack moony > thanks for your comment bro..apa dia?? buka wikipedia??...alamak sayang lah bro,kita tulis hasil refer dari apa yg kita dengar bukan baca bulat2 apa yg org suap dkat google??...bro fan slash ke??..klu fan saya pohon maaf sebab ni cuma pandangan peribadi...slash mmg hebat sbb tu velvet revolver pun dah RIP sebab hebat sangat lah kan?...tup2 la ni plak dengar nak reunion balik dengan G & R ape cer??...2-3 tahun sudah bukan main sakan dia ludah band tu awat la ni nak join balik??...apapun bro thanks sudi singgah baca
Delete