Bulan lepas ada beberapa perkara yang buat semangat aku betul2 rasa down.Satu persatu datang menimpa dan atas sebab tu juga semangat untuk update blog ni pun terbengkalai.Dan Alhamdulillah semua semakin pulih dan rasanya dah boleh hidupkan balik posting2 untuk blog ni...itupun kalau korang sudi nak singgah baca lah..
Ok,bulan lepas juga aku ada sambar satu album kompilasi dari icon Blues moden iaitu tak lain dan tak bukan mendiang Gary Moore.Sebenarnya album ni aku pernah tolong belikan untuk kawan aku (tolong beli..bukan aku punya) dan memandangkan harganya pada waktu itu (tahun 2007) yang mencecah rm60 maka niat aku untuk beli kan diri sendiri punya aku matikan dulu..sebabnya aku bukan jenis yang berkemampuan.Pendek kan cerita aku terjumpa kompilasi ni pada bulan lepas dengan harga rm29 dan tinggal seketul ni je (last stock) maka dengan handsome nya aku bawa ke kaunter pembayaran hahahaha...
Album yang datang dalam pakej 3 Cd ni terbahagi pada 3 skop music beliau (Gary Moore).Cd pertama menampilkan seleksi lagu2 Rock beliau pasca album After The War dan lain2 (boleh rujuk en Berteromber sebab dia lagi pakar rasanya) Cd kedua seleksi lagu2 Blues dan Cd ketiga adalah beberapa rakaman live beliau.
Disertakan inlay yang setebal 12 muka surat.Dan dalam inlay berkenaan sarat dengan gambar2 classic dan juga beberapa pendapat dari lagenda2 Blues terhadap Gary Moore.Pada yang memang into dengan Gary Moore rasanya tak rugi kalau korang rembat seketul album kompilasi ni sebagai salah satu koleksi korang kerana ia datang dalam satu pakej yang perfect untuk disimpan.Kompilasi keluaran tahun 2006 ni rasanya masih ada dalam pasaran tapi perihal harga aku tak berani jamin lah korang boleh dapat harga yang sama macam aku dapat ni.Tapi kalau luck menyebelahi korang dan dapat harga sempoi macam ni adalah bernas untuk korang beli!!!!....
QUEEN album "Jazz" adalah posting selepas ni harap sudi baca.....!!!!



RM29...3 disc...12 helai booklet...dan Gary Moore...memang berbaloi la belian ko ni...
ReplyDeletebolehlah bro...
DeleteWaaalllaaa...i m gonnna get it too..yuhuuuuu...
ReplyDeleteada lagi tu bro...dont worry
Deletememang best album ni, sementelah aku dapat dengan harga 2 album rm 50, "Empty room" versi live di disc 3 memang mengancam habis siap dengan extra solo...dan "over the hill and far away " memang anthemic.
ReplyDelete