bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)
BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!
Thursday, November 10, 2011
WHITESNAKE "Monster Of Rock Live 1984"
Memandangkan demam digasak WHITESNAKE dua minggu lepas masih ada rasa demamnya maka aku memilih WHITESNAKE sekali lagi sebagai wacana entry kali ni.Ia sebuah rakaman live yang diadaptasikan dalam sebuah vcd.Kalau korang perasan pada tahun 2000 keatas yakni sebelum demam dvd menular,kedai2 music banyak menjual vcd2 live bagi artis2 Rock/Metal yang terkenal dengan harga yang murah iaitu RM29.90..aku ada beberapa keping vcd live sebegitu yang masih tersimpan rapi dalam koleksi music aku yang tak seberapa ni,antaranya yang aku ada ialah Live Ozzy Osbourne (klik sini kalau nak baca review nya) dan live dari Deep Purple tahun 197? (tolong ingatkan aku utk review live ini nanti ok!!)
Ok,berbalik pada WHITESNAKE ini tadi,ia adalah sebuah live yang berlangsung di Doninton Park pada 20 august tahun 1984...sedikit perihal menarik mengenai konsert2 mega sebegini ialah WHITESNAKE acap kali menjadi head liner bagi konsert2 sebegitu pada tahun 80an dulu,tak kira lah Rock in Rio ke Monster of Rock ke walaupun ada kalanya konsert berkenaan turut serta adalah band2 yang jauh lebih hebat dari mereka seperti IRON MAIDEN misalnya...ini bukan omongan kosong,korang boleh google info ni kalau tak percaya.
Tahun 1984 adalah tahun2 akhir sebelum WHITESNAKE berehat untuk beberapa ketika,ada aku terbaca dalam sebuah temuramah dimana satu soalan diajukan kepada Coverdale berkaitan isu WHITESNAKE yang berehat selama beberapa tahun selepas 1984 dan Coverdale menyatakan bahawa mereka (pemuzik Hard Rock) terpaksa berdiam diri kerana gelombang irama Punk yang begitu kuat melanda Britain waktu itu.
Balik pada Live ni,kalau korang ni jenis kaki WHITESNAKE yang kasar ala2 album 1987 mahupun slip on the tongue rasanya sukar sedikit kot korang nak masuk dengan live ni,sebabnya tatkala ni WHITESNAKE masih kuat dengan bauan Blues nya...ideology dari DEEP PURPLE masih terlalu kuat terlekat lagi pada WHITESNAKE pada waktu itu,tapi andaikata anda memang ditakdirkan mempunyai jiwa Rock yang kental aku yakin live ini memang untuk korang.Line up ketika itu adalah line up klasik mereka seperti Micky Moody sebagai guitarist Cozy Powell sebagai drummer John Lord (Deep Purple) sebagai keyboardist Colin Hodgkinson sebagai bassist.
Memandangkan ia adalah sebuah live klasik maka lagu2 nya juga secara automatik mestilah masuk dalam kategori lagu2 klasik jugalah kan...hahahaha..antaranya seperti lagu Lovehunter,Ain't No love In The Heart Of This City,Here i Go Again dan macam2 lagi termasuklah cover song DEEP PURPLE yang selalu Coverdale bawakan (memang lagu dia nyanyikan pun) iaitu Soldier of Fortune.Kalau korang pernah saksikan live ni mesti kelakar kan tengok stage untuk konsert ni...ia sama taraf macam stage fun fair ..kalau nak dibanding siri2 mega konsert macam ni stage mesti gempak punya kan..
Jadi para pengumpul barangan WHITESNAKE nak tunggu apa lagi?show korang dah pergi hari tu kan,so jadi kan lah vcd ni pula sebagai salah satu dari koleksi anda...buktikan lah yang anda betul2 minat bukan sekadar datang show hari tu sebab nak tengok Mat Salleh datang main music..vcd ni dah pun berkubur rilisan nya...mungkin dalam versi dvd pun ada kot,pandai2 lah korang cari ok...kata die hard fan so kena lah ikhtiar mana nak cekau barangan klasik ni...selamat melayan!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



gaya Coverdale zaman muda dulu memang rock habis. Minat gaya dia.
ReplyDeletegaya dia pegang mike stand tu paling legend...
ReplyDeletedonington park, terbaik tempat nih..
ReplyDeleteDr ben & Berteromber > setiap icon tu dia mesti ada style...baru fan boleh ingat sampai bila2..betul x?
ReplyDeleteKaboi > tempat keramat para Rockstar berjuang..