Show yang bakal bermula pada pukul 8.30 malam (9 malam waktu sebenar) telah dirasa hangat nya,hujan yang lebat kemudian diikuti renyai2 sedikit pun tidak melemahkan semangat pada barisan askar2 rocker yang hadir..menarik bila band2 gergasi lama ni datang berkonsert karenah pengunjung mesti jadi tatapan mata aku,ada yang bergaya ala2 nak pergi kenduri kahwin,ada yang bergaya ala2 Nassier Wahab dan macam2 namun tujuan nya satu mereka datang untuk menjadi saksi pada diri sendiri bagi menyaksikan salah satu jagoan music Rock dunia bermain di tanah melayu raya ni.
Menjawab pada suruhan yang diutarakan oleh brother deaf yang menyuruh aku review semua sekali sehingga ke makanan2 yang dijual,aku memang dari petang lagi dah naik darah..cuba korang bayangkan harga bagi dua botol air yang aku beli (twister dan coke) berharga rm7 ??aku cuma fikir belum ada gerai lain yang buka je lagi,kalau ada solution kedai lain confirm aku campak dua2 botol tu kat muka peniaga BANGSAT berkenaan...
Diluar perkarangan stadium disediakan sebuah wall khas yang tertera akan logo Whitesnake World Tour dan sekaligus menjadi tempat untuk pengunjung bergambar kenangan..sesiapa yang datang lewat kena beratur lah kalau nak bergambar sebab ramai yang dok berpusu2 berposing,macam aku pukul 6 petang dah terpacak kat situ so berapa banyak nak snap gambar pun takde sesiapa nak marah..hahaha.
Pintu dibuka pada pukul 7 petang,aku lihat venue masih lagi belum penuh,ramai yang sangkut dengan kesesakan lalu lintas barangkali almaklumlah hujan lebat,kelibat2 gergasi Rock Malaysia turut kelihatan antaranya Mus (May),Yazid dan Nasir (Search) dan ramai lagi lah kot..aku pada masa ni tengah rilek2 bermain facebook ditingkat atas stadium (ticket upper tier)...setelah lebih kurang sejam baru lah Ella & Band (feat Joe Wings) naik memulakan persembahan..tatkala tu ada crew yang memberitahu kami yang pemilik tiket upper tier diberi kebenaran untuk turun ke bawah..hahahaha...sesiapa yang beli tiket harga rm158 tu mesti menyirap kan tengok kami berbarisan bersama anda??muahaha..ini yang dipanggil rezeki.
Setelah berakhirnya persembahan Ella yang pada aku malam tu cukup membosankan (tak tahu kenapa) akhirnya penantian aku untuk menyaksikan WHITESNAKE berakhir..stadium digelapkan,kelihatan Reb Beach di sisi kiri stage,diikuti keluarnya Doug Aldrich dan kroni2 WHITESNAKE yang lain..seterusnya David Coverdale pula keluar..perghhh bergema stadium,bahkan aku sendiri macam mimpi melihat Coverdale depan mata aku...hanya dengan sebuah introduksi pendek iaitu "apa khabar Malaysia" mereka terus menjunamkan satu persatu lagu dan dimulai dengan lagu Best year,Give Me All Your Love,Love A'int No Stranger keadaan yang berkecamuk diredakan sedikit dengan lagu Is This love (arghhhh)...kemudian disudahi dengan dua lagu yang dipetik dari album terbaru mereka iaitu Forevermore sebelum aksi guitar solo dari Doug Aldrich dan Reb Beach mengisi slot...
Selesai sahaja persembahan guitar solo giliran si drummer pulak untuk bikin havoc dengan persembahan Drum solo beliau..aku tak pasti apakah drummer malam ni adalah Briian Tichy ataupun bukan kerana Coverdale menyebut namanya Billy bukan Briian..apapun aku cukup kagum dengan Drummer WHITESNAKE yang terbaru ni...menurut pandangan aku dia punya karektor yang cukup baik selain pesona permainan yang tampak segar jika dibanding Drummer2 lain yang pernah berkhidmat untuk WHITESNAKE..dan lebih menerujakan aku ialah cara dia menggasak beberapa lagu fast hanya dengan single paddle sahaja..ini berbeza dengan touch yang diberikan oleh Tommy Aldrige dimana penggunaan double padle berleluasa di setiap lagu2 fast WHITESNAKE..terlanjur sebut pasal Tommy Aldrige ni aku nak beritahu yang malam tu si drummer WHITESNAKE ni terpaksa main drum solo yang pakai tangan (ketuk guna tangan) yang biasa Tommy buat dulu...mungkin ia dah jadi trademark WHITESNAKE kot sebab Tommy memang lama bermain dengan band ni..
Selesai slot berkenaan,persembahan kembali menggila dengan beberapa lagu seperti Deeper Of Love,Fool For Your Lovin dan jugak Here I Go Again ...memory terdetik waktu seleksi berkenaan disampaikan..teringat zaman masa mula2 nak berjinak dengan music,teringat kaset yang dibeli dengan hasil ikat perut masa sekolah dulu dan macam2 lagi..kalau aku yang baru setahun dua dengan WHITESNAKE ni punya perasaan begitu apatah lagi abang2 dan akak2 yang hadir pada malam tersebut kan??pasti sejuta kenangan terawang2 di kotak minda kita..kenangan yang tak boleh dijual beli...ini dapat aku saksi kan melalui penghayatan mereka yang turut sing a long dengan lagu2 berkenaan.
Lagu terakhir kata Coverdale (konon2 lah) iaitu Still Of The Night ..waktu ni suara coverdale tenggelam dalam ribuan suara manusia yang turut sama menyanyikan lagu anthem bagi band yang berasal dari England ini...dan ini membuktikan aura mereka sebagai Rockstar masih ada kesan sengat nya..penonton yang menjerit we want more diikutkan Coverdale dimana stage digelapkan sekali lagi dan hanya suluhan spot light yang ditujukan pada Coverdale dihalakan...gemersik low note beliau memulakan bait2 lagu Soldier Of Fortune (cover Deep Purple) disambut dengan tepukan gemuruh...kemudian WHITESNAKE menghabiskan lagu Burn (cover Deep Purple) sebagai penyudahan rasmi pada konsert berkenaan...hmm ditengah2 lagu tu diselit juga lagu Stormbringer (aku dah agak sebenarnya sebab selalu dorang buat gimik macam tu)..
Selesai sahaja lagu berkenaan maka selesai lah juga persembahan mereka disini...dan berakhirlah juga satu penantian aku untuk menyaksikan mereka..kenangan ini akan aku abadikan seumur hidup aku.Konsert ini membuatkan aku tersenyum sorang2 macam orang gila bila memandu pulang kerumah..betul punya puas....kepada sahabat2 yang turut serta semalam pasti punya kepuasan yang sama seperti aku itupun kalau korang betul2 minatlah...
cenderahati untuk kenangan!!
I'll Guess I'll Always Be A Soldier Of Fortuneeeeeeeee!!!!!!!!!










gmbr ke-3 tu mmg bikin deja-vu, mcm view dari T09... betul x jiaro, berteromber
ReplyDeletetumpang seronok jer la..heheh...
ReplyDeleteIjau...bila ler agaknya dapat berkumpul camtu lagi...
tak nampak pun... kalau tak boleh bertegur sapa.
ReplyDeleteDr Ben > saya tiket paling murah pnya stand..Dr ben plk media memang xkn jumpa lah..jauh tu..hahaha
ReplyDelete