Satu pengkabaran yg didengar lebih kurang sebulan sebelum tarikh sebenar.Secara jujur nya aku memang memilih untuk tidak lagi menonton sebarang konsert yg melibat kan kumpulan SEARCH,ini kerana konsert mereka 'DI AWAN BIRU' pada tahun lepas amat lah mengecewakan aku dari setiap segi.Dari sound,dari performance semuanya tampak macam tempang.Tapi kali ni aku pergi jugak sebab atas dasar informasi yang aku dapat melalui rakan2 yang pernah ke konsert 'DOUBLE TROUBLE' di bukit kiara awal tahun lalu menyatakan bahawa antara show terbaik kumpulan SEARCH makanya kali ini aku cuba jugak keluarkan duit bagi melihat samada betul atau tidak rumor tu.
Ini adalah edisi ke-3 DOUBLE TROBLE pasca millenium ini.Yang pertama telah berlangsung pada bulan april yang lepas.Kemudian disusuli dengan konsert RED & BLACK (juga DOUBLE TROUBLE yang menampil kan Ella sbgai undangan) yang berlangsung baru2 ini dan ini yang ketiga dimana DIGI menaja konsert ini dengan nama 'GEMURUH DOUBLE TROUBLE 2010'.Berlangsung di dua buah lokasi yang pertama nya di Pulau Pinang dan penutup berlangsung di SURF BEACH SUNWAY LAGOON.
DIGI sebagai penaja rasmi
Konsert yang dijanjikan bermula pada pukul 8.45 malam berlangsung pada pukul 9.00 malam. Walaupun bermula pada sebelah malam namun penonton telah mula beratur untuk ke venue konsert lebih kurang dari pukul 6.00 lagi.Show yang dimulakan dengan sebuah persembahan akustik dari dua orang guitarist iaitu HILLARY ANG (ex-SEARCH) bergandingan dengan SHAM (ex-WINGS) dengan menyampai kan dua buah lagu iaitu fantasia bulan madu dan juga intanku kesepian yang telah disampai kan dengan cukup kemas oleh Azlan & typewriter.
Walaupun show dimulakan dengan persembahan dari dua guitaris asal SEARCH & WINGS namun itu bukan pemanas sebenar,kehangatan hanya terasa bila kelibat kesemua anggota WINGS & AMY mula naik ke pentas bagi memberi tenaga mereka kepada penonton yang hadir.Ini diikuti slot SEARCH & AWIE pula mula keluar menghangatkan lagi suasana dingin di sunway lagoon (mereka menukar vokalis bagi setiap band untuk slot yang pertama).
Setiap band membawa lagu2 hits mereka sebagai perhitungan siapa lebih gah dimata penonton.Aku memang tabik dengan sound engineer yang monitor show ni,semuanya balance tak seperti konsert yang tahun lepas.Setiap instrument dapat di dengar dengan jelas oleh penonton tanpa menusuk dengan bingit walaupun ada slot konsert yang menampil kan kedua2 band sekaligus.
antara setlist yang dibawa pada malam tersebut :
(set 1)
Balada pemuzik jalanan (WINGS feat AMY)
Inspirasi taming sari (WINGS)
Romania (WINGS)
Opera hidup (AWIE feat SEARCH)
(set 2)
Gothic malam edan (SEARCH)
Jerangkung dalam almari (WINGS)
Bujang senang (WINGS)
Orang kita (WINGS)
Sejati (Wings)
Cakap memang murah (SEARCH)
Pelesit kota (SEARCH)
Mentari merah diufuk timur (SEARCH)
Pawana (SEARCH)
(set 3)
Instrumental (Joe WINGS & Kid SEARCH)
Gemuruh (SEARCH & WINGS)
Rozanna (SEARCH)
Semalam yang hangat (WINGS)
Gadisku (SEARCH)
Taman rashidah utama (WINGS)
(set 4)
R n R lu punya suka (WINGS)
Pasti (SEARCH)
Show berakhir lebih kurang pukul 12 malam.Memang satu hiburan malam minggu yang cukup menarik dan konsert penutup tahun 2010 bagi aku yang cukup meghiburkan.Segala kehampaan aku pada konsert SEARCH 'DIAWAN BIRU' terbayar sudah dengan persembahan mereka pada malam ini di sisi WINGS. Satu konsert yang rasanya cukup rugi andaikata korang yang menggelarkan diri tu MAT ROCK tapi tak datang malam ni.
NOTE: bukan semua gambar ini diambil melalui lensa kamera aku..andaikata ada sesiapa terperasan ini adalah gambar dari mereka,silalah tinggalkan komen anda disini,kerana aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda secara peribadi..niat aku ikhlas,hendak spread the madness to Rock n Roll...thats all..








setlist Wings kali ni lebih best dari yang kat JB...
ReplyDeletebtw...nice blog bro..
memang sblm show ni lg dorg dh janjikan nak bawak lagu2 yg jarang dorang main live..tp secara peribadi pada saya malam tu WINGS adalah winner.. bkn SEARCH..pada pandangan saya lah..
ReplyDelete