bila awan bertukar hitam....(when sky turn black)

BIAR MEREKA RASA APA YANG KITA SUKA!!!!

Sunday, March 31, 2013

Led Zeppelin "Celebration Day"

                  Ada dua boxset yang aku dapat minggu ni satu Megadeth "Countdown To Extinction" (20th Anniversary dan satu lagi ialah Led Zeppelin "Celebration Day"...mulanya ingat nak bantai review dua2 sekali gus tapi memandangkan Led Zeppelin "Celebration Day" ni memerlukan satu ruang penulisan yang panjang so aku hold dulu untuk review boxset Megadeth tu....


                   Tahun 2007 dulu ramai yang terkejut beruk bila Led Zepp mengumumkan akan mengadakan satu persembahan khas (one night show) bagi memberi penghormatan kepada pengasas 'Atlantic Record' iaitu Ahmet Ertegun dan sekaligus untuk peminat2 dorang yang memang dah lama gian nak tengok mereka beraksi...harus diingat bahawa show ini adalah moment penting bagi penggemar Led Zepp khususnya dan bagi peminat Rock n Roll umumnya kerana ia adalah persembahan reunion dari sebuah kuartet pemuzik rock lagenda yang telah lama tidak beraksi iaitu hampir 27 tahun...

sedikit trivia :
              Masa tahun 2007,Led Zeppelin telah mengeluarkan satu flyer perihal konsert reunion ini dimana flyer berkenaan cukup cantik atonasi warnanya yang berwarna warni,dan dalam tahun yang sama (kalau tak silap) Sweet Charity juga turut melakukan persembahan reunion sempena "father's day" dan Sweet Charity juga menggunakan atonasi warna yang sama dengan flyer Led Zepp didalam flyer mereka...aku tiada masalah tentang isu kesamaan flyer ni kerana mungkin Sweet Charity juga adalah penggemar tegar Led Zepp dan kita juga harus tahu bahawa kedua2 buah band ni mempunyai sorotan cerita yang hampir sama iaitu masing2 adalah pencetus revolusi..jika dibarat Led Zepp adalah "god " dalam kecambahan dunia Rock namun di sebelah benua sini Sweet Charity adalah antara virus terawal mengajak anak2 melayu menyusur jalur music berat tu...ironik bukan??


                O2 Arena London menjadi saksi bahawa band ini masih kuat pengaruhnya walaupun hampir 27 tahun mereka tidak bermain pentas diatas nama Led Zeppelin..dan ia diabadikan didalan sebuah album khas yang dipanggil "celebration day"..terdapat 4 jenis boxset yang dikeluarkan oleh Warner Music dan aku punya ni pula adalah versi 2 cd audio live dan 2 dvd...juga turut dikeluarkan daam bentuk vinyl (piring hitam).
               Ada dua dvd yang mana dvd pertama adalah rakaman live mereka didokumentasikan...sebuah show dan performance yang aku anggap berstatus lima bintang..dengarkan saja suara Robert Plant yang mana setelah berusia ni agak serak2 basah dan secara automatic tone suaranya memberatkan (heavy) lagu yang ada,Jimmy Page masih lagi mampu menyerang walaupun rambut yang dulu hitam tapi sekarang dah macam nenek kebayan hahaha...John Paul Jones juga adalah karektor penting,lihat bagaimana ia mengendalikan bass dan dalam masa yang sama adalah keyboardist bagi sesetengah lagu..kagum juga aku tengok dia ni..dan tempat mendiang John Bonham digantikan dengan anaknya sendiri iaitu Jason Bonham..permainan Jason pada pendapat aku adalah "biasa-biasa" je dan mustahil mampu menyamai reputasi mendiang ayahnya....kalau dulu ayah dia sampai pecah drum set dikerjakan..


                             
                                poster tu adalah free gift dari mag metal hammer.. 

               Aku beri jaminan kepuasan jika korang beli boxset ni itupun kalau korang minatlah pada style yang macam ni.Minggu ni dvd live mahupun cd audio album ni menjadi playlist harian aku... 

track: 

  1. Good Times Bad Times
  2. Ramble On
  3. Black Dog
  4. In My Time Of Dying
  5. For Your Life
  6. Trampled under Foot
  7. Nobody's Fault But Mine
  8. No Quarter
  9. Since I've Been Loving You
  10. Dazed And Confused
  11. Stairway To Heaven 
  12. The Song Remain The Same
  13. Misty Mountain Hop
  14. Kashmir
  15. Whole Lotta Love
  16. Rock N Roll 
 

Saturday, March 16, 2013

METAL HAMMER special IRON MAIDEN

                 Lama tak beli majalah music omputih yang mahal2 ni...niat sebenar aku nak cari mag 'Terrorizer' yang mana dalam issue bulan ni adalah Darkthrone dalam rangka promosi album terbaru mereka tapi nyata kecewa bila naskah tu masih tiada dijual dekat kedai yang biasa aku dapatkan majalah2 music oversea ni..masa dah nak melangkah keluar terpandang pula mag 'Metal Hammer' yang mana bulan ni ada special issue perihal band Rock papan atas dunia iaitu IRON MAIDEN...tak sempat baca pun lagi so aku ganti beberapa gambar yang ada jelah dulu sebagai tatapan korang semua ok...


                 Orite..ni lah dia special issue untuk Metal Hammer bulan ni...pada sesiapa yang biasa beli Metal Hammer pasti tahu majalah ni disisip rapi dengan pembungkusan khas yang dah jadi trademark majalah Metal Hammer kan??..namun untuk keluaran kali ni mereka tidak memasukkan naskah majalah didalam bungkusan tetapi dimasukkan kedalam sebuah envelope keras yang cantik artwork nya iaitu Eddie tengah menunggang kuda...menariknya lagi envelope berkenaan di embossed sebanyak tiga lubang (1 lubang dibahagian atas belah kiri dan 2 lagi dibahagian bawah kiri dan kanan)...maka menerusi lubang embossed tu terteralah muka2 Eddie yang sebenarnya wajah tu adalah front cover majalah yang ada di dalam sampul..


                  Jadi ni lah dia majalah sebenar dan juga envelope untuk keluaran khas kali ni...nampak tak tiga lubang pada envelope berkenaan??..itulah dia yang aku maksudkan dengan embossed tadi tu..bila dimasukkan majalah kedalam keluarlah muka eddie yang terpampang pada muka depan kulit majalah tu..




                    Ni jelah yang sempat aku snap sikit2 buat tatapan kengkawan (aku tahu ramai kawan2 blog aku ni yang die hard dengan jenama IRON MAIDEN)....harga dia masih sama iaitu rm28..aku syorkan pada mereka2 (especially Maiden Collector) agar dapatkan melalui kedai (by hand ) bukan melalui pos untuk mengelakkan envelope dia rosak semasa dalam proses penghantaran..kang bila dah rosak tak syoklah korang nak buat collection item kan??...

Friday, March 15, 2013

AROMA IKAN BAKAR

                      Kalau sebelum ni aku ada bercerita pasal medan ikan bakar Di Klang (klik SINI ) dan kali ni berkesempatan pula untuk menikmati makanan laut di "Aroma Ikan Bakar" yang terletak di Pantai Jeram di Kuala Selangor....


                    Takde jauh beza diantara "aroma ikan bakar" ni dengan "medan ikan bakar muara" di Klang cuma bezanya adalah tempat parking kereta disini disediakan maka takdelah semak sangat kepala nak cari parking....



                  Kemudahan tempat makan dia juga besar,luas dan selesa...kira kalau korang ada nak kecil tak payah lah risau kalau budak tu nak berlari ke hulu ke hilir....


                          Tentang rasa setiap menu pun aku taknak komen panjang lebar sebab kita sedia maklum kalau satu2 tempat makan tu adalah famous pastinya ia adalah lazat....kalau tak sedap masakan aku dari KL ni sanggup datang kesini semata2 untuk makan makanan laut....dan pasal harga pun aku tak boleh komen..sebab apa aku tak boleh komen??...sebab aku makan ni pun orang yang payung (belanja) jadi berapa pun harga makanan aku peduli apa hahahaha...



                Pemandangan disekitar pantai....aku syorkan pada korang yang datang kesini agar makan dibahagian tengah restoran kerana memandangkan pantainya sedikit keruh dan berbau jadi lebih elok makan ditengah sedikit berbanding makan betul2 ditepi pantai....melainkan korang ni spesis hidung memang tahan apa juga jenis haruman ahahahaha...

Monday, February 11, 2013

Search pasca reunion 2004 & Empire Garden "Lost Album"& Gothic Malam Edan

                Sebenarnya aku nak review album Search iaitu "Gothic Malam Edan" sahaja tapi bila difikir balik ada eloknya aku imbaskan sedikit perjalan kumpulan lagenda ni semenjak dari era reunion mereka di tahun 2004 dulu...aku mungkin tidak layak untuk bercerita dari awal sejarah penubuhan kumpulan ni memandangkan usia pun baru setahun jagung,namun tatkala mereka mula bersatu pada tahun 2003/2004 aku sudah cukup matang dalam penerimaan sesuatu hasil music termasuklah sesuatu yang digelar Rock N Roll...jadi segala bahan bacaan yang bakal kalian semua baca ni 100% adalah dari kacamata aku sendiri yang mengikuti perjalanan kumpulan ni semenjak mereka bergabung dan tiada istilah cut & paste dari internet atau segala macam....so sementara korang rileks2 dekat kampung sempena musim cuti panjang ni harap korang enjoy dengan posting kali ni.......tu dia..poyo punya mukadimah kihkihkih!!!!


                    Tahun 2004 secara rasminya kumpulan lagenda ni bersatu..dizahirkan melalui sebuah konsert yang digelar "konsert evolusi Search"(klik SINI untuk baca) dimana turut mengundang Achmad Albar dari lagenda Rock Indonesia iaitu kumpulan God Bless untuk beraksi.Konsert ini mendapat sambutan cukup hebat..dimaklumkan juga tatkala itu barisan artis2 tanahair juga ramai yang datang untuk menyaksikan lagenda ni beraksi...beritahu aku kumpulan mana dalam Malaysia ni yang mampu menarik minat artis lain datang ke konsert mereka selain dari Search??...
                    Kesinambungan dari reunion ini Search sudah mula mengumumkan bahawa mereka bakal tampil dengan sebuah album baru yang diberi nama "Empire Garden".Namun album Empire Garden yang dijadualkan bakal menemui fan pada tahun 2006 tidak juga muncul.Album yang sepatutnya diterbitkan oleh M.Nasir ni masih tiada status rasmi,hanya Search sahaja ketika itu yang kerap menyatakan bahawa album tu dah hampir siap.
                    OK,kita letak tepi dulu pasal album "Empire Garden" ni...kita buka pula cerita pasal Seacrh yang dikecam teruk kerana ada beberapa live dorang ketika itu dikatakan agak "gagal" dari segi performance ...aku tidak pasti "gagal" itu dari segi apa dan puncanya tapi terbukti perkara tu sedikit sebanyak memberi impak kepada kumpulan ini.Paling tidak boleh dilupakan apabila Search menarik diri dalam konsert anniversary mereka dan tempat Search digantikan pula oleh kumpulan SLANK yang menjadi headliner untuk konsert berkenaan...masih ingat kejadian ni??...
                   Masih lagi aku ingat dimana ada sebuah rancangan debat dalam sebuah station tv berbayar dimana pada malam itu Amy berdebat dengan Tang (Clockwork Record) dan isu dalam perdebatan itu adalah mengenai isu artis seberang....pada permulaan debat Amy banyak bercerita bagaimana Search telah menawan indonesia pada akhir 80'an dahulu dan macam2 lagi yang Amy cerita dan kemudian Tang (organizer yang membuat konsert Dewa19) menyoal Amy hanya dengan satu soalan sahaja yang berbunyi lebih kurang begini "kalau you guy's betul2 senior kenapa lately ni show you all semua hancur??" dan dengan soalan itu sahaja Amy terus terdiam dan tidak mampu menjawab.....barangkali brother Amy lupa bahawa Search masuk ke Indonesia tatkala itu informasi music disana sememangnya serba serbi  kurang,namun jika Search masih berfikir bahawa mereka adalah MONSTER pada pendapat aku itu sudah SILAP...kerana diwaktu ini negara Indonesia memiliki barisan nama2 yang jauh prestasinya banding dengan apa yang kita ada...mereka sudah ada EDANE yang bikin soundtrack untuk movie SPIDERMAN,mereka sudah punyai IWAN FALS yang mana majalah "The Times" meletakkan beliau sebagai "Hero Asia",mereka sudah punya SLANK yang dah bikin tour seluruh America dan Eropah,mereka sudah punya Ahmad Dhani yang mengepalai Dewa19 yang dah banyak kali menang dalam festival jazz diluar negara.....so????


                    Album "Empayar Garden" masih lagi belum dikeluarkan...tak tahu apa puncanya..ada pihak yang menuding jari menyalahkan M.Nasir kerana ketika itu M.Nasir terlalu sibuk dengan artis2 realiti tv..ada juga pihak yang menyalahkan Kid dan juga Din kononnya masalah disiplin mereka berdua menyebabkan kelewatan album ni disiapkan...aku sendiri pun tak pasti...apa yang pasti hanya Search saja yang tahu apa masalah mereka.
                    Dipendekkan cerita pada suatu show untuk sambutan malam tahun baru (tak ingat tahun apa!!) Amy turut menyerikan show berkenaan,dalam show itu juga Hillary Ang adalah guitarist yang bermain untuk keseluruhan show itu...maka secara nostalgiknya Amy dan Hillary dipertemukan disatu pentas dan membawa lagu2 Search yang evergreen...ketika Amy membawa lagu "pawana" pada malam itu aku nampak betapa enjoy nya Amy dan Hillary memainkan lagu tu bersama dan pada masa tu aku dah terdetik dalam hati yang tak mustahil Hillary akan dipanggil masuk semula kedalam Search.
                   BOOMMMMMM....selang seminggu terpampang dalam majalah dan akhbar dimana Search mengumumkan bahawa Hillary sudah kembali kepangkuan Search dan beliau (Hillary) sudah bersedia untuk membantu Search bagi mereleasekan album baru.....persoalan kemana Din dan Kid??...


                       Aku tidak pasti samada pasangan Rock N Roll Adik beradik ni dipecat atau mereka sendiri yang keluar dari band lagenda itu...apa yang pasti mereka berdua masih lagi rebel dengan music Rock dan sempat bermain dalam one off gig yang mana gig berkenaan dipanggil "guitarist stories" dimana Kid dan Din adalah headline pada gig berkenaan dimana turut menampilkan kumpulan Rock 90'an iaitu BABYLON sebagai opening!!!... 

                
                   Dengan kemasukan Hillary dan hasil bantuan Edrie Hashim maka terlahirlah sebuah manifesto terbaru dari Search yang dipanggil "Gothik Malam Edan".Album ni menyaksikan Search sudah mula bermain dengan unsur2 modern dan mereka meneroka segala macam bunyian digital,hasil album ni menurut aku memuaskan,apatah lagi bagi sebuah band yang seperti Search mereka memang harus meneroka segala bentuk teknologi yang mana band2 lain belum termimpi untuk melakukannya....tertanya juga dimana album "Empire Garden"??..apakah lagu2 dalam "Gothik Malam Edan" ini adalah lagu2 yang sama dalam album "Empire Garden"??...Search memberitahu bahawa "Empire Garden" telah menjadi "Lost Album" dan hanya 2-3 lagu sahaja dalam "Empire Garden" dibawa masuk kedalam "Gothik Malam Edan".
                  Album ni menyebabkan fans kumpulan Search terbahagi dua..ada yang memahami tujuan album ni dilahirkan dan ada yang mengecam teruk akan kemampuan album ni....hinggakan penerbit album ni iaitu Edrie Hashim dipersalahkan dalam isu berkenaan.Pada aku album ni bukanlah seteruk mana,kerana macam yang aku cakapkan tadi yang kumpulan seperti Search memang wajib untuk move on tanpa ada sekatan,sebab mereka adalah icon jadi mereka harus jadi yang PERTAMA dalam meneroka apa juga subjek dalam term Rock N Roll..
                  Secara peribadi album ni adalah antara album yang terbaik pernah Search bikin,cuma kekurangan untuk album ni hanya satu iaitu kurangnya lagu2 yang berunsur "liar dan buas"..dalam segala aspek trend mahupun apa sahaja Search perlu juga tahu bahawa mereka perlu ada lagu2 yang berstatus KILLER seperti lagu 'kereta merah','Emanuelle' mahupun 'diari habil & qabil'.....
                   

Wednesday, February 6, 2013

Grundar Fest (Studio Mkb Bangi)


                      Gig yang berlangsung di Bangi ni adalah destinasi terakhir dalam siri tour Grundar Fest yang mana ia dimulakan di Larkin Johor.Siri jelajah ini adalah bagi mempromosikan Album Damokis iaitu "Grinding Mother Whore" (klik SINI untuk review) dan juga Sickness "Necrosymphonies Of Necropsy".
                      Niat asal aku sebenarnya bukanlah hendak menyaksikan gig ni sebenarnya,kerana aku datang pada hari tu semata2 untuk mendapatkan album baru Sickness itu sahaja,namun bila difikir2 dan aku sendiri yang sememangnya teringin sangat nak melihat aksi live Damokis lantas mengambil keputusan untuk turut hadir dalam gig berkenaan.
                      Bergerak dari Wangsa Maju pada pukul 3.30 dan tiba di Mkb Studio pada pukul 4.30,gig berlangsung sedikit(banyak juga) lewat dan show hanya bermula lebih kurang dalam pukul 6 petang..banyak band yang terlepas sebenarnya,tapi aku tak kisah sangat sebab yang aku mahu saksikan adalah Damokis.
                   
       
                          Gig direhatkan sebentar bagi menghormati waktu Maghrib,pada masa tu aku sempat lari ke kedai makan bersama Idham dan Harry untuk pekena nasi paprik hehehehe.Kami ke Mkb studio semula pada pukul 9 malam dan pada pukul 9.30 malam band Upon Arrival sudah siap sedia untuk beraksi.Rasanya ni bukan kali pertama aku menyaksikan mereka sebab di zaman One Pub cafe masih lagi dibuka aku rasa memang pernah lihat mereka beraksi..


                                       Upon Arrival!!! 

                Setelah selesai Upon Arrival maka Sickness pula naik untuk melengkapkan set pada malam tu.Beberapa lagu didalam album baru mereka diperdengarkan ia cukup sesuai kerana tour ini adalah rangka promosi bagi album berkenaan...terkenal dengan jolokan "Carcass Malaysia" maka tidak hairanlah mereka memainkan lagu cover dari band lagenda berkenaan iaitu lagu "heartwork"


                                            Sickness 
                    Sebuah show yang menarik menurut aku,dan kali ni pentas diambil alih pula oleh Damokis..kehebatan live mereka seringkali aku baca dalam music magazine namun baru ahad lepas aku berpeluang melihat lagenda grindcore ni didepan mata....kali ni mereka tampil simple dari kebiasaan,jika selalu ada saja custom nya seperti baju kelawar perempuan tu kali ni mereka lebih santai.Memperdengarkan beberapa lagu dengan permainan yang cukup tight membuat aku rasa kagum juga dengan band "pak lawak" ni.Cuma persembahan mereka cukup terhad dan memperdengarkan hanya beberapa lagu sahaja mungkin faktor masa barangkali...



                                          Damokis
                  Gig berakhir lebih kurang dalam pukul 11.15 malam...aku ucapkan sekalung tahniah buat "Grundar Prod" diatas kejayaan tour mereka ni.Walaupun jumlah kehadiran di Mkb studio ni agak sedikit (memandangkan ramai yang ke Solaris untuk gig SIKSAKUBUR) namun tokey besar label tersebut iaitu Prop tetap meneruskan apa jua yang telah dirancang...jumlah kehadiran bukan penentu kejayaan sesebuah gig namun kepuasan crowd yang hadir itu lebih bermakna walaupun yang datang seorang dua.....tahnia "grundar Prod"....

Mee Rebus...


                      Ini menu aku petang ni...mee rebus.Rasanya mee rebus terbaik lah yang pernah aku rasa adalah di muar Johor (area tanjung ketapang yang banyak monyet tu)...tapi tu di muar,di KL ni aku tak pasti mana mee rebus yang paling sadis sekali,tetapi memadailah aku syorkan pada rakan2 di KL jika nak rasakan keenakan mee rebus ni korang boleh dapatkan di Pandan Jaya...gerainya betul2 berdepan dengan Maybank.....selamat melantak!!!

ROTTW (Comic Series For Collector)


              Dalam tahun 2008/2009 barangkali komik ni dikeluarkan...aku pun tak berapa pasti apa sebab musababnya aku beli komik ni sebab aku bukan penggemar komik (kecuali Dragon Ball...hehehehe)...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...